MAHRAJAN KESENIAN ISLAM
Peringkat Daerah Lahad Datu 1447H/2025M
Mahrajan Kesenian Islam yang diadakan di Dewan Perdana Lahad Datu pada 3 Julai 2025 mendapat sambutan hebat dari masyarakat sekitar Lahad Datu dimana penyertaan sebanyak 4 kumpulan Kompang, 4 kumpulan Nasyid dan 2 kumpulan Marhaban.
Pertandingan ini dihakimi oleh 8 orang hakim jemputan dan di rasmikan oleh Datuk Mizma Appehdullah, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dun.61, Segama. Penyertaan kali ini amat bermakna di mana Jabatan-jabatan kerajaan dan persekutuan juga turut serta menyertai pertandingan.
Pemenang bagi Kesenian Kompang di nobatkan kepada kumpulan Raudatussalam Kampung Tabanak, Johan Pertandingan Nasyid Kategori Lelaki dimenangi oleh Kumpulan Durrotul Hikmah mewakili Hospital Daerah Lahad Datu, kategori Nasyid wanita pula dimenangi oleh kumpulan Zydan. Manakala Johan bagi Marhaban dan barzanji disandang oleh kumpulan Az-Zaujah.
Kemeriahan Mahrajan juga diselangi dengan persembahan lagu-lagu dakwah istimewa dari Ketua Daerah, wakil Sawit Kinabalu, Pejabat daerah Lahad Datu dan diiringi oleh D’Enforcer Batalion 17 PGA live Band.
Program yang dihadiri hampir 1,000 orang penonton berakhir sekitar 11.30 malam.


