Skip to main content
,
KOLABORASI BERSAMA BAHAGIAN ZAKAT & FITRAH MUIS DAN CAWANGAN BERGERAK TABUNG HAJI NEGERI SABAH

Pejabat JHEAINS Daerah Tenom telah mengadakan kolaborasi bersama Bahagian Zakat & Fitrah MUIS bagi membantu dan menyelaras skim-skim bantuan bagi kepada masjid/surau di seluruh Daerah Tenom dan Daerah Kecil Kemabong. 

Program ini dihadiri oleh pengerusi dan bendahari masjid/surau seluruh Daerah Tenom dan Daerah Decil Kemabong. JHEAINS juga telah mengundang Imam Kariah dan Imam Rawatib seluruh Daerah Tenom dan Daerah Kecil Kemabong untuk turut sama hadir bagi membincangkan pengurusan kewangan masjid/surau di kawasan masing-masing.

Program ini juga turut dihadiri pegawai dari cawangan bergerak Tabung Haji Negeri Sabah bagi memberi penerangan dan info berkaitan perkhidmatan yang sesuai untuk masyarakat Islam di daerah ini.  

Pada hari yang sama pegawai dari Cawangan Bergerak Tabung Haji Negeri Sabah juga turut membuka kaunter perkhidmatan untuk memberi peluang kemudahan kepada masyarakat Islam yang hadir ke Masjid Ar-Rahman Tenom setelah selesai sesi penerangan tersebut.