PROGRAM "EMPOWERING MUSLIMAH"
24 JULAI 2025, MASJID AR-RAUDAH LAHAD DATU
Program ini dianjurkan dan dijayakan oleh Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Lahad Datu, Ustaz Mardi Arifin yang mana melibatkan beberapa Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Peserta yang melibatkan Muslimah sahaja yang mana membicarakan tentang Hak-hak Wanita Muslim dalam keluarga, masyarakat dan sosial menurut undang-undang Keluarga Islam Sabah. Sesi ceramah dimulakan daripada Hakim Mahkamah Syariah Lahad Datu, Puan Abidah binti Abd Gani, Tuan Abbas bin Saud, Ketua Unit Cawangan Khas daerah Lahad Datu yang menyampaikan ceramah berkaitan Ancaman Keganasan dan Ekstremisme Agama, Caruman dan Perlindungan Surirumah oleh Pegawai PERKESO dan bantuan kebajikan kepada Ibu Tunggal oleh Tuan Sahirul Sari.
Sesi ceramah yang bermula seawal 8.00pagi berakhir pada pukul 1.00petang dengan dihadiri oleh 100 orang peserta Muslimah.


