Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Derah Sook Tahun 1447H/2025M
Telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sook Tahun 1447H/2025M pada 23 September 2025 yang bertempat di Dewan Masyarakat Sook.
Turut menghadiri majlis sambutan tersebut dan selaku perasmi majlis ialah Ybhg. Datuk Sangkar Rasam yang merupaka Pengerusi Felcra Niaga Sdn. Bhd dan telah bersama dalam perarakan bersama pengunjung yang hadir.
Majlis berlangsung seawal pukul 7 pagi bertempat di Padang Masyarakat Daerah Sook dan dianggarkan sekitar 600 orang yang menghadiri majlis tersebut yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan serta kehadiran dari NGO keagaaman dan jemaah masjid sekitar Daerah Sook.
Pelbagai persembahan serta aktiviti yang berlangsung antaranya cabutan pengunjung bertuah, serta persembahan daripada Pusat Tahfiz Ar-Rahman Keningau dan bacaan selawat daripada Imam-Imam Sekitar Daerah Sook.
"Membangun Ummah Madani"
Sekian, Terima Kasih.
Credit Photo:
Imam Hayizi,
Ustaz Khairil.


