MAHRAJAN KESENIAN ISLAM PERINGKAT DAERAH SOOK TAHUN 1446H/2025M
Telah berlangsung Majlis Kesenian Islam Peringkat Daerah Sook Tahun 1446H/2025M yang bertempat di Dewan SMK Sook pada hari ini 23 Ogos 2025 yang telah dirasmikan Yang Berbahagia Tuan Abdul Manaf bin Abdul Ruhim, Ketua Penolong Pengarah Kanan yang mewakili Ybhg. Datuk Jumain bin Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.
Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Yang Berusaha Tuan Sakim bin Ibrahim, Pengerusi Badan Dakwah Daerah Sook selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Induk Mahrajan Peringkat Daerah Sook serta wakil kepada Pengawai Daerah iaitu Tuan Azahqual bin Osman.
Majlis Mahrajan Kesenian Islam dimeriahkan dengan kehadiran pelajar asrama SMK Sook dalam kalangan pelajar muslim dan non muslim serta kehadiran jemaah muslimin dan muslimat sekitar Daerah Sook.
Johan pertandingan nasyid kategori lelaki telah dirangkul oleh kumpulan yang berasal dari Kampung Binuwou Tengah dan Naib Johan adalah dari Kampung Kuit Lanas. Manakala Johan bagi pertandingan nasyid kategori perempuan dimenangi oleh kumpulan As-Saadah dari Kampung Binuwou Tengah dan Naib Johan dimenangi dari kumpulan Al-Himmah dari Kampung Malima.
Pelbagai kumpulan persembahan yang dijemput antaranya kumpulan marhaban Johan Mahrajan Daerah Keningau dan Kumpulan Kompang Johan Mahrajan dari Daerah Keningau serta persembahan khas dari kumpulan Sautul Rijal dari kalangan imam kariah Daerah Sook dan persembahan pembukaan dari pelajar Smk Sook.
Pihak AJK pelaksana induk serta Jheins Daerah Sook mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Sook dan seluruh Ajk Pelaksana yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
“Membangun Ummah Madani”
Sekian, terima kasih.


