PROGRAM SINGGAH SUNGKAI BADAN DAKWAH DAN JABATAN KERAJAAN BERSAMA KARIAH DI MASJID HAJI KHAMIS, KG. KHAMIS, LAHAD DATU
25/MAC/2025
Program Singgah Sungkai merupakan initiatif yang dilaksanakan oleh JHEAINS Lahad Datu bagi mendekatkan agensi kerajaan dengan masyarakat serta dapat menjalinkan silaturrahim dalam bulan ramadan.
Singgah Sungkai bersama kariah yang kelima diadakan di Masjid Haji Khamis, Kg. Khamis, Lahad Datu. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Abdul Malik Abd Rahman, Pegawai Zakat & Fitrah Cawangan Lahad Datu dan Wakil PPD, Ustaz Guntur Benjare.
Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Tuan Firuz Idzualdeen@Benetty bin Mohd Dzul, Pengerusi Badan Dakwah Daerah Lahad Datu. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan komitmen semua yang terlibat.
Kehadiran masyarakat setempat sekitar 100 orang memeriahkan suasana dengan majlis berbuka di akhiri dengan rakaman video ucapan selamat hari raya, solat fardhu dan terawih secara berjemaah.


