Skip to main content
28
Jul
2025

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) Kontinjen Negeri Sabah

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) Kontinjen Negeri Sabah

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Jumain Abdul Ghani Pengurus Bersama Sekretariat IJPAM Kontinjen Negeri Sabah. Turut hadir semua pengurus pasukan yang terdiri dari 4 buah Agensi agama iaitu Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Pejabat Mufti Negeri Sabah (PMNS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) serta semua Ahli Jawatankuasa/ Urusetia yang dilantik.

Mesyuarat membincangkan hal-hal berkaitan IJPAM 2025 yang akan diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada 8hb sehingga 14hb September 2025.

Dalam mesyuarat yang sama, surat perlantikan kepada semua 14 orang Pengurus Pasukan juga diserahkan. Sebanyak 14 jenis sukan yang akan disertai oleh Kontinjen Negeri Sabah pada kali ini.

Semoga Kontinjen Sabah bersemangat kental dan terus bersinar membawa kejuaraan kembali ke Negeri Sabah.