Skip to main content
20
Jul
2025

" MAJLIS PELANCARAN GNIUS E-TUITION "

20 Julai 2025, Ahad.
Dewan Ar-Rahmah, SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, Kinarut.

" MAJLIS PELANCARAN GNIUS E-TUITION "

Majlis Perasmian di sempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Ruslan bin Muharam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir YBhg. Datuk Jumain Bin Abdul Ghani, Pengarah JHEAINS, Wakil-wakil dari Yayasan Bumiputera Sabah (YBS), Ketua-ketua Penolong Pengarah, Pengetua-pengetua SMAN, Guru-guru dan Pelajar-pelajar SMAN Toh Puan Hajah Rahmah.    

GNIUS e-Tuition merupakan inisiatif pembelajaran dalam talian yang diperkenalkan oleh Yayasan Bumiputera Sabah (YBS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Program ini dirangka untuk membantu pelajar-pelajar khususnya dari komuniti kurang berkemampuan bagi mendapatkan akses kepada kelas tambahan secara atas talian. GNIUS e-Tuition menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) untuk memantau prestasi pelajar secara masa nyata.

Objektif utama adalah memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti kelas tambahan berkualiti secara digital, membantu pelajar menguasai mata pelajaran teras dengan lebih baik melalui bimbingan guru bertauliah serta dapat memanfaatkan teknologi sebagai alat pembelajaran moden yang inkusif dan mudah diakses.

Bermula dengan SMAN Toh Puan Hajah Rahmah Kinarut sebagai lokasi pelancaran. Program ini akan dilaksanakan secara serentak di semua SMAN lain di seluruh Sabah.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada transformasi pendidikan digital dalam kalangan Sekolah-Sekolah Agama Negeri di Sabah.

#mediajheains/bpi/rar.