KUNJUNGAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA KE JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH (JHEAINS)
KUNJUNGAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA KE JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH (JHEAINS)
Kunjungan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Jabatan Perdana Menteri ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Turut hadir kunjungan tersebut daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS).
Kunjungan dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Ahmad Yusop, Timbalan Pengarah Pengurusan JHEAINS. Hadir bersama dalam kunjungan tersebut Ustaz Ag. Juri Ag. Tahir, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam JHEAINS, Tuan Abd Manap Abd Ruhim, Ketua Penolong Pengarah Kanan JHEAINS, Ketua-ketua Penolong Pengarah JHEAINS, Penolong-penolong JHEAINS dan Pegawai-pegawai Kanan serta Kakitangan JHEAINS.
Kunjungan daripada JPA tersebut bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan Perjawatan di JHEAINS. Semoga perbincangan diantara JPA, JPANS dan JHEAINS mendapat hasil capaian yang baik.


