Skip to main content
17
Jun
2025

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri sabah

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Tahun 2024 ini telah diadakan di Grand Ballroom The Pacific Sutera Hotel, Sutera Harbour Kota Kinabalu.

Hadir menyampaikan Anugerah, Yang Berhormat Datuk Haji Mohd. Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Merangkap Exco Agama dan Pendidikan dan diiringi Yang Berbahagia Datuk Jumain Abdul Ghani, Pengarah JHEAINS. Turut hadir bersama, Yang Berhormat Datuk Haji Ruslan Muharram, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Datuk Ustaz Malai Ali Malai Ahmad, Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, YBhg. Datuk Dr. Haji Omar Raisul Assalam Syah bin Datuk Sulaiman Omar, Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, YM SF Ustaz Abdul Razak Hamdin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, YBhg. Tuan Awangku Raimy Pg. Abd. Rahman, KPSU (K) Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri
(Tugas-Tugas Khas), Timbalan-TImbalan Pengarah JHEAINS, Ketua Penolong Pengarah Kanan JHEAINS dan Ketua-Ketua Penolong Pengarah JHEAINS.

Majlis pada kali ini telah mengurniakan seramai 70 orang penerima Anugerah iaitu seramai 40 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan seramai 30 orang penerima Anugerah Khas. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada yang telah menerima Anugerah tersebut dan semoga pegawai-pegawai JHEAINS terus melakar kejayaan di masa hadapan.

 

 

Image removed.