Kunjungan Hormat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
Kunjungan Hormat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Rombongan USIM diketuai Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, YBrs. Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah dan diiringi pegawai-pegawai kanan USIM disambut mesra YBhg. Datuk Jumain Abdul Ghani (Pengarah JHEAINS), Timbalan Pengarah Pengurusan, Ketua Penolong Pengarah Kanan dan barisan Ketua-Ketua Penolong Pengarah.
Objektif utama Kunjungan adalah untuk menjalin kerjasama diantara JHEAINS dan USIM khasnya dalam bidang Pendidikan.
Program DLI, Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP) dibentangkan YBhg. Dr. Fadhlina Alias, Penyelaras Program DIJAP Secara Pesisir di Kampus UMS telah diterima positif JHEAINS.
Semoga jalinan kerjasama diantara JHEAINS dan USIM akan terlaksana.


