Skip to main content
06
Feb
2025

Kunjungan Hormat Unit Koporat Jabatan Agama Islam Sarawak ke JHEAINS

Assalamualaikum

06 Februari 2025, Khamis

" Kunjungan Hormat Unit  Komunikasi Korporat, Jabatan Agama Islam Sarawak Ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah".

Ketibaan rombongan disambut oleh Ustaz Awang Juri bin Ag.Tahir (Timbalan Pengarah, Hal Ehwal Islam), Ustaz Adam bin Abdul Hai (Ketua Penolong Pengarah), Bhgn. penyelidikan & Informasi dan beberapa urusetia yang lain.

Rombongan ini diketuai oleh Ustaz Kamarulzaman Bin Kawi, Ketua Penolong Pengarah, Unit Komunikasi Korporat dan bersama 7 orang ahli rombongan yang lain.

Objektif utama kunjungan hormat ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan cara pengurusan sambutan perayaan islam dan  pengurusan Komunikasi Korporat dari JHEAINS, selain dapat bertukar dan pandangan dan pendapat dalam pengurusan perayaan hari Kebesaran Islam antara kedua-dua negeri.

Rombongan ini juga dibawa ke Bhgn. Penyelidikan & Informasi untuk melawat konti JHEAINS dan juga Bangunan Baitul Hikmah iaitu Perpustakaan Islam yang diselia oleh JHEAINS.

Terima Kasih.