Skip to main content
13
Nov
2024

Taffaqquh Fid Din Imam dan Guru Takmir Peringkat Negeri Sabah

Bahagian Pentadbiran Masjid, Wilayah & Daerah telah mengadakan Majlis Tafaquh Fid Din Imam & Guru Takmir Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 di Dewan Saadah Wisma Muis.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Jumain bin Abdul Ghani, Pengarah JHEAINS bersama-sama dengan kehadiran semua Timbalan Pengarah dan Ketua-Ketua Penolong Pengarah JHEAINS.

Profesor Madya Dr. Umar Muhammad Noor daripada Fakulti Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dijemput sebagai penceramah dalam program ini.

Objektif utama program ini adalah bertujuan memantapkan pegangan mazhab fiqh dan akidah yang muktabar sekali gus menjelaskan pelbagai kekeliruan yang berlaku. Antara kandungan kursus ini adalah turut memperkenalkan sejarah Mazhab Syafie dan tokoh-tokohnya serta menjelaskan hakikat pegangan hukum dan akidahnya.