Skip to main content

Kursus Tahsin Ibadah Dan Pengurusan Jenazah 2023, Kampung Togis Ranau

Kursus Tahsin Ibadah Dan Pengurusan Jenazah 2023, Kampung Togis Ranau

Kursus Tahsin Ibadah dan Pengurusan Jenazah 2023 diadakan khususnya untuk pelajar mualaf dan telah berjaya diadakan pada 20 daerah dengan penyertaan sekurang-kurangnya 50 orang peserta disetiap daerah. Program ini diadakan selama dua hari iaitu pada hari pertama akan memfokuskan slot Tahara (bersuci) dan Tahsin Solat beserta bengkel. Pada keesokannya, hanya akan memfokuskan Kursus Pengurusan Jenazah.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada muslim terutamanya mualaf akan mudahnya ibadah dilakukan jika difahami akar utama serta kewajipan disetiap ibadah yang dilakukan. Selain itu, kepentingan memahami pentingnya menuntut ilmu berkaitan pengurusan jenazah juga perlu disampaikan agar semakin ramai musli yang melahirkan keinginan untuk mengurus pengurusan jenazah terutamanya diantara ahli keluarga.

Seramai 9 orang penceramah dari ibu pejabat telah selesai menjalankan tanggungjawab sesuai dengan tempat yang di tugaskan untuk menyampaikan Ceramah & menjalankan bengkel yang diadakan dengan bantuan PTA dan kakitangan JHEAINS di setiap daerah yang terpilih agar objektif utama kursus ini tercapai dengan jayanya.