Skip to main content

Taklimat Pencapaian Pembangunan dan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 JHEAINS

Taklimat Pencapaian Pembangunan dan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 JHEAINS

Taklimat disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Khairan Untoh, Chief Executive/Sr. Principal Consultant Al Amin Group, yang telah menjadi penasihat/ perunding Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO JHEAINS. Hadir ke taklimat tersebut YBhg. Datuk Jumain Abd Ghani, Pengarah JHEAINS, Tuan Abd Manap Abd Ruhim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Ketua-ketua Penolong Pengarah dan Pegawai-pegawai JHEAINS.

YBhg. Tuan Haji Khairan telah memebentang Pencapaian Pembangungan dan Pelaksanaan Sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2015 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Semoga dengan terlaksananya Sistem Pengurusan MS ISO ini akan meningkatkan motivasi pegawai dan kakitangan dalam bekerja dan juga mengekalkan prestasi dan kualiti perkhidmatan.