Skip to main content
10
Dec
2024

Sesi Penyerahan Nota Serah Tugas Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD)

Sesi Penyerahan Nota Serah Tugas beberapa Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD) telah diadakan dihadapan Tuan Haji Ahmad Haji Yusop, Timbalan Pengarah Pengurusan JHEAINS.

Pertukaran dalaman ini melibatkan beberapa PTAD antaranya Ustaz Masnor bin Manshor sebagai Pegawai Tadbir Agama Daerah Bandaraya Kota Kinabalu, Ustaz Muhammad Hafizh bin Mohd Mursal sebagai Pegawai Tadbir Agama Daerah Papar dan juga Ustaz Firdaus Faizal bin Karim sebagai Pegawai Tadbir Agama Daerah Tenom.