Skip to main content

Prosedur dan Keperluan

Bil. Keperluan
1. Mengisi Borang Permohonan Pengislaman.
2. Menyertakan Surat Akuan Berkanun memeluk islam oleh orang yang akan memeluk Islam (bagi yang berumur 18 tahun ke atas).
3. Menyertakan 4 keping gambar berukuran Mykad, bersongkok bagi lelaki / bertudung bagi perempuan, berlatar belakangkan warna PUTIH (1 Keping untuk daerah, 3 Keping untuk ibu pejabat). Bagi pemohon yang berada di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, pemohon boleh bergambar terus di pejabat Bahagian Dakwah, Tingkat 9, Blok A, Wisma MUIS.
4. Menyertakan Surat Akuan Berkanun kebenaran memeluk Islam yang dibuat oleh Ibubapa / Penjaga pemohon yang akan memeluk Islam (bagi yang berumur 18 tahun ke bawah).
5. Menyertakan salinan Surat Kelahiran / Surat Beranak.
6. Menyertakan salinan Kad Pengenalan / Paspot atau dokumen yang diguna pakai oleh Negara Malaysia.
7. Menghadirkan dua orang saksi yang beragama Islam dan berumur 18 tahun ke atas beserta salinan Kad Pengenalan semasa pengislaman.
8. Menyertakan salinan dokumen perkahwinan, perceraian atau kematian pasangan bagi pemohon yang berstatus BERKAHWIN / JANDA / DUDA atau BALU.

Kaunter Perkhidmatan terletak di:

Tingkat 9, Blok A, 
Wisma MUIS Kota Kinabalu