Tafsiran Masjid Di Bawah Enakmen
- Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah NO. 5 Tahun 2004 (EMUINS’04) menafsirkan masjid ertinya satu bangunan yang di gunakan bagi sembahyang Jumaat dan sembahyang lain dan kegiatan-kegiatan yang disuruh, disyorkan atau diluluskan oleh agama Islam dan termasuk mana-mana masjid atau surau atau madrasah yang disenaraikan di dalam rekod majlis.
Pihak Berkuasa Masjid
- Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) adalah berkuasa ke atas masjid dan surau (seksyen 58(1) Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah 2004.
- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi MUIS.
- Bahagian Pentadbiran Wilayah dan Daerah adalah bahagian yang mengurus tadbir masjid/surau.
Kuasa-Kuasa Majlis
- Majlis boleh menentu,meminda atau mengubah sempadan mana-mana kariah masjid.Perkara ini diperuntukan di bawah seksyen 60 (3) EMUINS ‘04.
- Kuasa melantik, mentauliahkan dan menamatkan pelantikan Pegawai Masjid yang terdiri dari Imam, Bilal dan Pembantu Bilal seperti yang diperuntukan di bawah seksyen 62 (1) EMUINS ’04.
- Kelulusan Mendirikan Masjid / Surau hendaklah diperolehi terlebih dahaulu dari Majlis.
- Pembinaan dan pengubahsuaian masjid dan surau hendaklah mendapat kebenaran MUIS (Seksyen 59, 61 EMUINS 2004).
- Majlis hendaklah memastikan semua Masjid dalan Negeri Sabah berada dalam keadaan baik dan dalam keadaan bersih.