Skip to main content

Program ini diadakan bagi menerangkan kepada peserta berkaitan perkembangan perundangan syariah terkini khususnya berkaitan dengan bidagkuasa jenayah dan cadangan pindaan bagi undang-undang yang berkaitan. 2 orang penceramah iaitu Puan Roslinah Binti Shafawi, Penasihat Undang-Undang JAKIM dan Tuan Ramzi Bin Osman, Timbalan Ketua Bahagian, Bahagian Syariah dan Pengharmonian Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara hadir membentangkan kertas kerja. Kertas kerja pertama bertajuk Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah dalam Akta Mahkamah Syariah (Budangkuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) serta Isu-isu Perundangan Semasa. Manakala kerta kedua pula bertajuk Pembuktian Kesalahan Jenayah Syariah Yang Diterbitkan Secara Elektronik : Cabaran dan Cadangan Pindaan Undang-Undang. Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan dibawah Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syariah & Sivil (JAKTUSS) Negeri Sabah bertanggungjawab dalam meneliti kandungan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah dan Enakmen lain yang berkaitan bagi tujuan penelitian dan cadangan pindaan untuk dikemukakan kepada JAKTUSS.