Prosedur dan Keperluan
Bil. | Keperluan |
---|---|
1. | Mengisi Borang Permohonan Pengislaman. |
2. | Menyertakan Surat Akuan Berkanun memeluk islam oleh orang yang akan memeluk Islam (bagi yang berumur 18 tahun ke atas). |
3. | Menyertakan 4 keping gambar berukuran Mykad, bersongkok bagi lelaki / bertudung bagi perempuan, berlatar belakangkan warna PUTIH (1 Keping untuk daerah, 3 Keping untuk ibu pejabat). Bagi pemohon yang berada di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, pemohon boleh bergambar terus di pejabat Bahagian Dakwah, Tingkat 9, Blok A, Wisma MUIS. |
4. | Menyertakan Surat Akuan Berkanun kebenaran memeluk Islam yang dibuat oleh Ibubapa / Penjaga pemohon yang akan memeluk Islam (bagi yang berumur 18 tahun ke bawah). |
5. | Menyertakan salinan Surat Kelahiran / Surat Beranak. |
6. | Menyertakan salinan Kad Pengenalan / Paspot atau dokumen yang diguna pakai oleh Negara Malaysia. |
7. | Menghadirkan dua orang saksi yang beragama Islam dan berumur 18 tahun ke atas beserta salinan Kad Pengenalan semasa pengislaman. |
8. | Menyertakan salinan dokumen perkahwinan, perceraian atau kematian pasangan bagi pemohon yang berstatus BERKAHWIN / JANDA / DUDA atau BALU. |
Kaunter Perkhidmatan terletak di:
Tingkat 9, Blok A,
Wisma MUIS Kota Kinabalu