Skip to main content
07
Oct
2025

Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah yang baharu kepada Pengarah JHEAINS

7hb Oktober 2025

Kunjungan Hormat Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah yang baharu kepada Pengarah JHEAINS

Ketibaan YBhg. Dr. Baharudin bin Othman, Pengarah JAKIM Cawangan Sabah yang baharu bersama rombongan disambut YBhg. Datuk Jumain Abdul Ghani, Pengarah JHEAINS. Turut hadir menyambut rombongan daripada JAKIM, Tuan Haji Awang Juri Ag Tahir - Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam, Tuan Abd Manap Abd Ruhim - Ketua Penolong Pengarah Kanan, Ketua-ketua Penolong Pengarah JHEAINS dan pegawai-pegawai kanan JHEAINS.

Kunjungan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Jumain Abdul Ghani. Tujuan utama kunjungan ini merupakan pengenalan kepada Pengarah JAKIM Cawangan Sabah yang baharu. Di samping itu, kunjungan tersebut juga mengutarakan jalinan kerjasama yang erat diantara JAKIM Cawangan Sabah dan JHEAINS dengan harapan kerjasama baik tersebut dapat dikekalkan. Usaha kerjasama juga diharapkan beterusan dalam program-program yang akan datang seperti Konvensyen Du'at Tahun 2025 yang lepas yang mana Konvensyen tersebut merupakan suatu kejayaan.

Semoga hubungan dan jalinan kerjasama baik antara JHEAINS dan JAKIM Cawangan Sabah terus cemerlang dan maju ke hadapan.