Skip to main content
14
Jul
2025

Laporan Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti)

Laporan Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) - Exit Conference Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) oleh Jabatan Audit Dalam Negeri Sabah (JADNS)

Exit Conference ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad bin Haji Yusop, Timbalan Pengarah Pengurusan JHEAINS dan dihadiri rombongan daripada Jabatan Audit Dalam Negeri Sabah (JADNS) yang diketuai oleh YBhg. Puan Anne @ Janet Venantius, Pengarah JADNS.

Turut hadir bersama dalam Exit Conference tersebut, Ustaz Ag. Juri bin Ag. Tahir, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam JHEAINS, Tuan Abd Manap bin Abd Ruhim, Ketua Penolong Pengarah Kanan JHEAINS, Ketua-ketua Penolong Pengarah JHEAINS, Penolong-penolong Pengarah JHEAINS, Pegawai-pegawai Kanan JHEAINS, Akauntan JHEAINS dan Kakitangan JHEAINS.

Exit Conference JHEAINS tersebut membincangkan laporan segala dapatan dan penemuan semasa Audit dijalankan yang dibentangkan oleh Puan Anne @ Janet Venantius. Teguran daripada JADNS diambil positif agar pengurusan jabatan yang lebih sistematik di tahun yang mendatang akan dilaksanakan. in shaa Allah.