Skip to main content
22
Apr
2025

Seminar Kesejahteraan Belia 'Mental, Fizikal dan Rohani' & Kursus Perdana Pra Perkahwinan Islam

Assalamualaikum.

22 April 2025, Selasa.

Seminar Kesejahteraan Belia 'Mental, Fizikal dan Rohani' & Kursus Perdana Pra Perkahwinan Islam bertempat di Dewan Saadah, Wisma Muis.

Majlis disempurnakan  oleh Yang Berhormat Datuk  Dr. Haji Mohd Arifin Bin Datuk Mohd Haji Mohd Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Merangkap Exco Agama Dan Pendidikan Negeri Sabah.

Turut hadir Datuk Jumain bin Abdul Ghani (Pengarah JHEAINS), Ustaz Awang Juri bin Ag Tahir (Timbalan Pengarah, HEI) dan Puan Dg Kamariah binti Ag Yahya (Ketua Penolong Pengarah Bhgn. Pentadbiran Syariah).

Seramai 500 orang peserta menghadiri seminar pada hari ini yang merupakan bakal suami dan isteri yang akan melangsungkan perkahwinan suatu hari nanti.

Objektif seminar ini di adakan adalah untuk memberi pendedahan serta kesedaran golongan belia terhadap tanggungjawab kepada keluarga dalam rumah tangga dan memberi kesedaran kepada belia pentingnya menangani isu-isu kekeluargaan yang timbul bagi mencapai kesejahteraan mental, fizikal, emosi dan rohani pasangan di dalam melayayari bahtera rumah tangga.

Antara pengisian program ini adalah ceramah yang dsampaikan oleh Penceramah Jemputan yang di terbangkan Khas dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sangat berpengalaman dalam bidang kekeluargaan iaitu bagi Slot 1 : Tasawwur Islam dengan tajuk " Belia Sejahtera Ummah Bahagia " yang disampaikan oleh Ustaz  Nabil bin Ahmad dan Slot 2 : Tanggungjawab Suami Isteri " Pasangan Sejati " yang disampaikan oleh Ustazah Nazirah binti Abu Bakar.

Semoga program seumpama ini dapat dikembangkan ke peringkat daerah dan bahagian agar dapat memberikan kesedaran kepada belia dan mereka yang akan menuju ke alam rumah tangga.

#mediajheains/bpi/rar