MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR SMAN TAMBUNAN
Assalamualaikum.
21 Mac 2025, Jumaat..
" MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTAR SMAN TAMBUNAN "
Objektif Majlis ini di adakan adalah bagi menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap yang lebih tinggi dan di jadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat di kalangan pelajar.
Program ini dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan, JHEAINS. Seramai 150 orang guru dan pelajar yang hadir pada Majlis ini yang di adakan Dewan Terbuka SMAN Tambunan.
Majlis di sempurnakan oleh Ustazah Jonisah binti Harimin, Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan) yang mewakili Datuk Jumain bin Abdul Ghani, Pengarah JHEAINS.
Antara pengisian dalam majlis ini termasuklah Majlis Khatam Al-Quran, Penyampaian Sijil dan Penyampaian Cenderahati kepada peserta Khatam Al-Quran, Tazkirah Ringkas , Bacaan Doa Kesyukuran dan Penyampaian Cendera Kenangan. Dalam majlis ini juga, disampaikan juga sumbangan kepada 20 orang Pelajar Asnaf dan 10 orang Pelajar Yatim Piatu.
Semoga program seperti ini akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.
#mediajheains/bpi/rar


