A- A A+
PENGUMUMAN TERKINI :

INFO PUSAT ZAKAT SABAH

zakat.jpg - 114.54 kB

Buletin Soutul Islam

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?

IKRAR JHEAINS

IKRAR.png - 59.54 kB

Aplikasi E-Perkhidmatan

free accordion joomla menu

CARIAN ANDA

jangan dulu PUBLISH!! (hold dulu sementara mendapat kelulusan KPP)

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah kita meningkatkan ketaqwaan ke hadrat Allah S.W.T, dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong sebagai hamba Allah yang terbaik, beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH!

Sifat takwa kepada Allah SWT adalah benteng menghalang diri daripada melakukan dosa di samping menjadi faktor pendorong umat Islam melakukan kebaikan. Inilah sebabnya kita disarankan supaya meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya agar terpelihara daripada azab neraka pada hari akhirat kelak. Tuntutan ini bertepatan dengan firman Allah SWT:-

Yang bermaksud: “Hai orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah dari manusia dan batu...” (S. At-Tahrim: 6)

Jelas di sini, menjadi kewajipan bagi setiap Muslim menitikberatkan soal pendidikan rohani dan jasmani yang sempurna kepada ahli keluarga dalam usaha menjauhkan diri sendiri dan keluarga daripada api neraka. Apabila kita melaksanakan tanggungjawab mendidik dengan baik, bererti kita menjaga diri sendiri dan anak-anak kita daripada api neraka. Mudah-mudahan kita semua cenderung ke arah itu dan mampu menterjemahkannya dalam diri sendiri, keluarga serta organisasi yang kita pimpin agar selamat di dunia dan di akhirat.

MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH!

Ilmu dan pendidikan yang sempurna berperanan penting dalam memelihara serta membentuk fitrah insani sebagai hamba Allah SWT. Ia bertujuan memudahkan manusia mengendalikan urusan hidup secara terurus bagi mengimarah dan memakmurkan dunia sebagai persinggahan yang indah sebelum ke alam akhirat. Kenyataan ini sejajar dengan kepentingan dan keistimewaan ilmu yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin kebahagiaan di dunia, maka perlu berilmu. Sesiapa yang inginkan akhirat, maka perlu dia berilmu. Dan sesiapa yang inginkan dunia dan akhirat, maka perlulah dia berilmu.” (HR Muslim).

Berdasarkan kepada pengertian hadis ini, dapat disimpulkan bahawa Nabi SAW memberi peringatan kepada umat Islam supaya menuntut ilmu dan menjauhi kejahilan. Manakala ilmu yang dituntut itu pula perlu dikuasai, diamalkan dan diaplikasikan dengan bijaksana supaya ia memberi sumbangan serta manfaat terhadap segala amal dan usaha yang dilakukan demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH!

Dari perspektif Islam, pendidikan merupakan satu proses mengajar, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani dengan berteraskan nilai baik dan terpuji yang bersumberkan al-Quran dan asSunnah. Ia bersesuaian dengan kejadian manusia yang diciptakan Allah terdiri daripada elemen roh dan jasad. Ini bererti, proses pendidikan seorang anak membabitkan beberapa peringkat yang bermula dari dalam kandungan sehingga lahir dan menjadi dewasa.

Justeru itu, bagi memastikan kesempurnaan dalam pendidikan anak, ibu bapa perlu membentuk suasana yang harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan berumahtangga. Ini kerana dunia pertama bagi seorang kanak-kanak adalah rumah ibu bapanya sendiri.

Sekiranya setiap pasangan suami isteri menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupannya, maka mudahlah bagi mereka menyemai dan menyuburkan roh Islam kepada anakanak. Jika pasangan gagal menerapkan nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumah tangga, maka sudah pasti sukar bagi mereka untuk mengasuh anak-anak mengikut acuan dan budaya hidup Islami.

Sebagai salah satu langkah awal dalam memastikan roh serta nilai-nilai Islam subur mekar dalam sebuah rumahtangga ialah memastikan bakal pasangan hidup dari kalangan yang berpegang teguh dengan agama, dan bukannya yang cantik dan berharta semata-mata. Hal ini sejajar dengan nasihat Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud: "Wanita dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia lebih menguntungkan kamu (lebih utama)." (HR Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH!

Sesi persekolahan yang baru bermula di negara kita sedikit banyak menimbulkan debaran kepada murid-murid yang baru memasuki alam persekolahan dan juga para ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah.

Namun demikian, harus kita ingat bahawa memulakan persekolahan bukan bermakna baru bermula proses pendidikan anak-anak atau murid-murid. Begitu juga, kewujudan sekolah dan kehadiran guru bukan bererti ibu bapa berlepas tangan daripada kewajipan mendidik anak kerana hakikatnya pendidikan awal bermula dari rumah lagi.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Setiap bayi yang dilahirkan adalah suci fitrahnya. Ibu bapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani mahupun Majusi.” (HR Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menjelaskan bahawa anak-anak ibarat kain putih yang boleh dicorakkan atau dilukis dengan warna yang diinginkan. Namun, Ibu bapalah yang berperanan serta bertanggungjawab sepenuhnya mencorakkan hidup mereka dengan warna-warna yang menarik atau sebaliknya.

Sabda Rasulullah lagi, maksudnya: "Ajarkan anak-anak kamu solat ketika mereka berusia tujuh tahun. Pukullah mereka sekiranya mereka melalaikan solat apabila mereka berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka (lelaki dan perempuan)." (HR Ahmad dan Abu Daud).

Kedua-dua petikan sabda Rasulullah SAW ini memberi mesej yang jelas bahawa proses pendidikan anak-anak bermula dari rumah lagi, di mana ibu bapalah yang memain peranan penting mencorak hidup mereka selaras dengan cara hidup Islam. Sikap acuh tak acuh kaum ibu bapa dalam soal ini boleh membantutkan proses pembentukan keluarga sakinah sekali gus merencatkan pembangunan generasi rabbani.

MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH!

Walaupun para guru telah dipikulkan amanah untuk mendidik anak bangsa di sekolah-sekolah, namun tugasan formal itu mungkin terhad dan terbatas pada waktu dan premis sekolah sahaja. Ini bererti kejayaan sepenuhnya proses pendidikan anak atau murid menjadi warga yang berilmu, berakhlak, beramal soleh dan tahu berbakti kepada agama, bangsa dan Negara memerlukan sokongan dan kerjasama dari seluruh anggota masyarakat terutama sekali ibu bapa, para daie, pihak berkuasa dan lain-lain lagi. Sokongan dan kerjasama dalam menjayakan satu tugas yang mulia dan terpuji ini sangat dianjurkan oleh agama kita sebagaimana disarankan oleh allah SWT melalui firman-Nya:-

Yang bermaksud: “…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (S. Al-Maidah: 2).

Sehubungan itu saudara-saudara sekalian, hakikatnya kita semua adalah pendidik sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Ini kerana perbuatan mengajak, mengajar mahupun menyuruh perkara-perkara yang makruf dan bermanfaat termasuk proses pendidikan.

Malahan pembudayaan sifat ini akan mengupayakan pembentukan masyarakat penyayang, harmoni dan progresif, iaitu antara ciri unggul yang melatari sebuah Negara yang mempunyai status “Baldatun Toyyibah Wa Rabbun Ghafur”, yakni Negara yang baik dan beroleh keampunan dari Allah SWT.

MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH!

Anak-anak atau murid adalah amanah Allah yang perlu dididik dengan sebaiknya sejak mereka kecil supaya apabila besar kelak mereka menjadi warga yang berilmu, berakhlak mulia, beramal soleh dan sentiasa taat kepada Allah dan kedua ibu bapanya.

Ini penting dititikberatkan memandangkan mereka kelak akan menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting pada masa hadapan. Mereka harapan generasi tua dan pewaris agama, bangsa dan Negara. Inilah hakikatnya yang perlu diterima oleh semua.

Oleh itu, marilah bersama memberikan pendidikan sempurna kepada anak demi melihat generasi terbaik pada masa depan. Korbankan sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang serta tunjukkan contoh terbaik.

Semoga keberkatan ilmu yang disampaikan, keberkatan harta yang dibelanjakan dan kasih sayang sertta masa yang dicurahkan untuk mendampingi anak-anak menjadi sumber kekuatan untuk kita bersama-sama mencipta sebuah negara bangsa yang berjaya.

Firman Allah:-

Maksudnya: “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.” (S. Luqman: 17).

***
Disediakan dan diedar oleh:
Unit Penerbitan
Bahagian Penyelidikan dan Informasi
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah



NOTA: Teks khutbah ini mengandungi potongan ayat-ayat al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Mohon jaga dengan cermat dan tidak disepahkan.

 

Untuk sebarang maklum balas, sila berhubung dengan:
Unit Penerbitan, Bahagian Penyelidikan dan Informasi,
Jabatan Hak Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
088-522127/088-522142

Muat turun khutbah

 

Berita JHEAINS

MTHQK SABAH 2020M

Klik pada banner di atas untuk melihat galeri Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Negeri Sabah tahun 1441H / 2020M.

 

Bilangan Pelawat

423067
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days423067

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila klik pada pautan email ini: @jheains