A- A A+
PENGUMUMAN TERKINI :

INFO PUSAT ZAKAT SABAH

zakat.jpg - 114.54 kB

Buletin Soutul Islam

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?

IKRAR JHEAINS

IKRAR.png - 59.54 kB

Aplikasi E-Perkhidmatan

free accordion joomla menu

CARIAN ANDA




Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudah dengan berbuat demikian, kehidupan kita sentiasa di bawah lindungan dan beroleh rahmat- Nya yang amat luas.

Sidang Hadirin Yang di kasihi,

Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui akan segala kejadian. Dialah juga yang menjadikan apa yang ada di bumi seperti manusia, jin, tumbuhtumbuhan dan haiwan serta menjadikan apa yang ada di langit seperti bulan, matahari dan sebagainya. Kejadian itu sebagai bukti keterangan yang nyata tentang kudrat, iradat, ilmu, kebijaksanaan serta pengurniaan nikmat daripada Allah SWT yang banyak dan luas yang mendorong supaya makhluk-Nya memuji dan bersyukur serta mengabdikan diri sebagai hamba dengan khusyuk dan tawaduk kepada- Nya.

Umat Islam mestilah percaya dengan penuh yakin bahawa Allah SWT pentadbir seluruh alam semesta ini. Segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya adalah di bawah kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala yang menggerakkannya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari bergerak pada waktu siang manakala bulan beredar pada waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah jua dan ia-Nya mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri yang harus difikirkan olehhamba-hambanya.

Firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 33 :



Yang bermaksud : ” Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikanmalamdan siangbagi faedah hidup kamu”.

Kejadian gerhana bulan dan matahari menunjukkan kepada kita bagaimana kedua kejadian ini walau pun hebat tetapi tetap berada di bawah arahan dan perintah Allah SWT. Betapa malang dan ruginya sekiranya ada umat manusia yang menjadikan bulan, matahari dan segala macam sesuatu selain daripada Allah SWT sebagai tuhan yang disembah akibat terpesona dengan kehebatannya yang tidak seberapa. Sehinggakan mereka gagal memahami bahawa adanya kuasa yang lebih hebat yang menciptakan setiap sesuatu yang mereka kagumi selama ini iaitu Allah SWT. Inilah antara kelemahan akal manusia yang terbatas had kemampuannya yang mana tanpa panduan dan suluhan agama maka manusia tidak mampu mengenal Allah SWT Tuhan yang mencipta alam semesta yang maha luas ini walaupun mereka terlalu kagum dengan alam ciptaan-Nya.

Sidang Jemaah Yang dikasihi,

Kejadian gerhana matahari bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan menakutkan sebaliknya ia menunjukkan antara kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. Kejadian gerhana juga bukanlah disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana teguran Rasulullah SAW terhadap para sahabat yang membuat pelbagai andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku berkebetulan dengan hari kewafatan anakandanya Ibrahim lalu sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:

“Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang. Tetapi gerhana keduanya adalah dua bukti daripada tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Maka apabila kamu melihat gerhana keduanya itu maka dirikanlah sembahyang dan berdoalah kepada Allah, sehingga hilangnya tanda gerhana daripada kamu.”

Apabila berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah SAW supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Di samping itu, marilah kita melakukan perkara-perkara kebaikan dan menghindari perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran Islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana matahari ini akan menimbulkan keinsafan, menambah serta menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT Surah Ali ‘Imranayat 190 – 191:


Maksudnya : “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”



 

(KHUTBAH KEDUA)



***
Disediakan dan diedar oleh:

Unit Penerbitan, Bahagian Penyelidikan dan Informasi

Jabatan Hal Ehwal agama Islam Negeri Sabah

NOTA: Teks khutbah ini mengandungi potongan ayat-ayat al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Mohon jaga dengan cermat dan tidak disepahkan.

Untuk sebarang maklum balas, sila berhubung dengan:
Unit Penerbitan, Bahagian Penyelidikan dan Informasi,
JabatanHal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
088-522127/088-522142


Muat turun khutbah




 

Berita JHEAINS

MTHQK SABAH 2020M

Klik pada banner di atas untuk melihat galeri Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Negeri Sabah tahun 1441H / 2020M.

 

Bilangan Pelawat

422948
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days422948

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila klik pada pautan email ini: @jheains