A- A A+

35.jpg - 127.56 kB

1.jpg - 352.31 kB

MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,

Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan menjunjung tinggi segala perintah-Nya serta menjauhi segala yang dilarang-Nya. Mudah-mudahan kita akan selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat kelak.

 

HADIRIN JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Kita sedar bahawa sekarang ini berada di zaman ICT yang serba canggih dan ianya terus berubah mengikut peredaran zaman. Cuma agak malang sekali, dengan kemunculan alat-alat ciptaan manusia yang moden ini boleh mengundang kepada perkara-perkara maksiat dan mungkar jika tidak dapat dikawal dengan keteguhan iman. Misalnya banyak maklumat selama ini tidak diketahui asal-usulnya tetapi dengan melalui alat media sosial seperti internet, facebook, twitter, instagram, whatsapp dan seumpamanya hanya dengan mengetik atau memainkan jari-jemari maka maklumat tersebut dapat diperolehi dengan sekelip mata. Apabila banyak maklumat mudah diperolehi, dalam masa yang singkat maka kita temui maklumat-maklumat yang palsu yang dijadikan platform untuk menaburkan bahan- bahan fitnah.

 

HADIRIN JEMAAH JUMAAT YANG DIBERKATI ALLAH SWT SEKALIAN,

Islam menegaskan kepada kita supaya mengintegrasikan perkembangan teknologi dan juga ilmu yang lainnya dengan ‘ubudiyyah (yakni mentauhidkan Allah SWT.). Islam bukanlah agama yang jumud dan statik, akan tetapi Islam adalah sebagai cara hidup yang syumul demi kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.

Begitulah juga halnya dengan teknologi. Ianya sepatutnya dibangunkan atau dimajukan demi untuk perkara yang bermanfaat bagi memelihara serta meningkatkan kualiti kehidupan manusia.

 

SIDANG JAMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI,

Dengan akibat fitnah suami isteri boleh bercerai-berai, persaudaraan boleh menjadi renggang, dan boleh menyebabkan seseorang teraniaya, diseksa dengan zalim, dihukum mati dan sebagainya. Dengan fitnah jugalah boleh menjadi asbab hinanya bangsa, agama dan negara.

Oleh itu, umat Islam yang kenal akan dosa tidak akan tergamak menjadi tukang fitnah. Hanya orang yang mengaku dirinya beragama Islam, tetapi tidak kenal dan tidak takut akan dosa, selalu mengambil peluang dan kesempatan untuk menaburkan bahan-bahan fitnah.

Islam amat memandang berat akan perbuatan mengadu domba atau melakukan fitnah. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra’, ayat 36:

2.jpg - 59.52 kB

Yang bermaksud: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”

 

HADIRIN JEMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT SEKALIAN,

3 Bagi mengakhiri khutbah Jumaat pada kali ini, marilah kita sama-sama berusaha menjauhi perbuatan mengadu domba atau menabur fitnah. Sesungguhnya amat berat dosa yang ditanggung oleh mereka yang suka menabur fitnah dan amat berat hukuman yang menanti di akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba).” (HR Bukhari dan Muslim).

3.jpg - 230.50 kB

Muat turun khutbah

1.jpg - 248.62 kB

JAMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT.

Pada hari ini, salah satu nikmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita ialah menyambut Hari Raya Aidil Adha. Justeru Mimbar ingin mengajak kepada para jamaah sekalian, marilah kita mensyukuri nikmat kurniaan Allah SWT ini, dengan berusaha meningkatkan ketaqwaan kepadaNya. Dalam erti kata yang lain, mesyukuri nikmat dengan melaksanakan segala perintahNya serta menjauhi laranganNya. SIDANG JAMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI, Aidiladha sememangnya sinonim dengan kisah pengorbanan. Paling melekat di ingatan ramai orang ialah kisah Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan ALLAH SWT untuk menyembelih puteranya yang amat disayangi iaitu Nabi Ismail AS. Mereka reda dan menerima perintah itu seikhlasnya semata-mata kerana ALLAH SWT. Namun, ternyata perancangan ALLAH SWT itulah yang sebaik-baiknya. Ketika melaksanakan perintah itu, dengan kuasa ALLAH SWT yang Maha Pencipta telah menggantikannya dengan seekor kibas. Semua ini ada diceritakan dalam al-Quran menerusi Surah al-Saffat, ayat 102 :Yang bermaksud : ”Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar".

 

JAMAAH JUMAAT YANG DIHORMATI,

Sepintas lalu daripada kisah tersebut dapat memberi ibrah yang sangat besar buat seluruh umat manusia. Betapa kehidupan di muka bumi ini menuntut pengorbanan dalam pelbagai sudut. Pengorbanan itu pula turut dikaitkan dengan ujian yang ditimpakan oleh Allah SWT. Jika sifar ujian, seperti ada yang tidak kena . Perlu kita ketahui, sesungguhnya cabaran dan pengorbanan kedua-dua itu bersahabat baik dalam kehidupan kita. Allah SWT telah berfirman menerusi surah al-Ankabut, ayat 2 :

2.jpg - 29.70 kB

Yang bermaksud :” Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

 

MUSLIMIN JAMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI,

Seluruh dunia masih lagi menghadapi ujian pandemik Covid 19 yang belum menemui noktah akhirnya. Negara kita Malaysia misalnya tidak terkecuali mengalami wabak ini. Dalam tempoh minggu ini, kita turut dimaklumkan oleh pihak berwajib tentang angka-angka yang sedikit mencemaskan. Apatah lagi pihak berkaitan mula merangka pelbagai langkahlangkah perlu bagi mengawal pandemik tersebut. Justeru sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita turut diminta melakukan sedikit pengorbanan dengan terus menjalani kehidupan normal baharu seperti :

Pertama :- Pengorbanan Keselesaan dengan terus mengamalkan penggunaan pelitup hidung dan mulut (Face Mask), menggunakan sanitasi tangan dan mengamalkan penjarakan sosial. Langkah-langkah ini diperkenalkan demi menjamin kemaslahatan hidup bersama. Firman Allah SWT menerusi surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud : “ Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara..”

Kedua :- Pengorbanan dari segi hubungan sesama keluarga dan sahabat handai. Dalam tempoh PKPP ini, kita masih dituntut untuk menghadkan pergerakan. Sungguhpun amalan ziarah menziarahi merupakan amalan mulia, namun kita masih perlu berwaspada ketika melakukannya dengan mengaplikasikan panduan atau SOP yang telah diperkenalkan. Agama Islam yang syumul ini juga telah memberikan kita solusi apabila menghadapi permasalahan sosial sebegini. Salah satu daripadanya adalah dengan mendoakan kebaikan kepada saudara, sahabat mahupun taulan apabila amalan berziarah secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : “ doa seorang muslim untuk saudaranya yang tidak berada di hadapannya akan dikabulkan oleh Allah SWT. Di atas kepala orang muslim yang berdoa tersebut, terdapat Malaikat yang ditugaskan menjaganya. Setiap kali muslim itu mendoakan kebaikan bagi saudaranya, nescaya Malaikat yang menjaganya itu akan berkata : Aamiin(semoga Allah mengabulkan ) dan bagimu hal yang serupa “ ( HR.Muslim )

 

SIDANG JAMAAH JUMAAT YANG DIHORMATI,

Mengakhiri khutbah jumaat ini, seyogia khatib ingin mengimbau kembali betapa pentingnya kita melakukan pengorbanan. Naratif daripada pengkisahan melakukan ibadah korban adalah ketakwaan kita terhadap Allah SWT. Pengorbanan itu bukan hanya dilihat pada daging lembu, unta atau kambing sahaja, akan tetapi pengorbanan yang lebih besar dalam hidup apabila kita komited dalam melakukan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT yang bertakwa. Setiap Ibadah mahupun ‘amal soleh yang kita lakukan, tidak lain melainkan mengharap keredaan daripadaNya semata-mata. Firman Allah SWT menerusi Surah an- Nur, ayat 52 :

3.jpg - 45.24 kB

Yang bermaksud : “Dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang Yang beroleh kemenangan.

4.jpg - 231.66 kB

Muat turun khutbah

1.jpg - 458.46 kB

2.jpg - 294.63 kB

JEMAAH AIDILADHA YANG DIRAHMATI ALLAH SWT SEKALIAN,
Dipagi yang berbahagia ini, dengan iringan gema takbir dan tahmid kita alunkan bersama-sama bagi membangkitkan kesedaran, mengingatkan betapa banyaknya
nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita sehingga tidak ada siapa pun yang dapat menghitungnya. Lantaran itu marilah kita menyucikan hati, merafa’kan kesyukuran serta
ketakwaan kehadrat Allah SWT.

Alhamdulillah, pada hari ini kita merayakan Aidiladha yang menjadi simbol kemenangan umat Islam, lambang keagungan, kebersamaan dan kesempurnaan agama Islam.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah, ayat 3 yang bermaksud: “Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan aku telah cukupkan nikmatku kepada kamu dan aku redha Islam itu menjadi agama kamu.”

3.jpg - 19.02 kB

JEMAAH AIDIL’ADHA YANG DIBERKATI ALLAH SWT SEKALIAN,
Para tetamu Allah SWT yang berada di Makkah sentiasa mengungkapkan lafaz talbiah:

4.jpg - 18.88 kB

Lafaz talbiah itu merupakan iqrar dan aku janji setia, daripada seseorang hamba kepada tuhannya untuk terus patuh dan taat tanpa melakukan syirik terhadap-Nya. Manakala kita disini tidak melafazkan talbiah, sebaliknya kita dianjurkan memperbanyak lantunan takbir, tahlil dan tahmid. Kita gemakannya sepanjang hari-hari Tashrik. Mudah-mudahan ianya dapat menghidupkan hati dan membangunkan jiwa dengan mengagungkan Allah SWT. Hakikatnya, hanya dengan berpegang teguh dengan tali Allah SWT sahaja yang akan dapat memberikan kekuatan kepada umat Islam untuk terus tabah mengibar panji-panji Islam.

3.jpg - 19.02 kB

JEMAAH AIDILADHA YANG DIKASIHI ALLAH SWT SEKALIAN,
Aidiladha yang kita rayakan saat ini dapat mengimbas kembali kisah perjuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS, yang taat melaksanakan perintah Allah SWT. Kisah Siti Hajar, ibu mithali yang mengetepikan perasaan sebagai ibu bagi menjunjung titah perintah Allah SWT. Dan juga kisah seorang anak bernama Ismail AS yang sabar dalam menghadapi ujian, menempuh kematian semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Peristiwa hebat keluarga mithali ini telah dinukilkan di dalam al-Quran dalam surah as-Saaffaat ayat 102 yang bermaksud: “Maka tatkala anak itu sampai (keperingkat umur yang membolehkannya) berusaha bersama-sama dengannya, (Nabi Ibrahim) berkata : wahai anak kesayanganku ! sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu : maka fikirkanlah apa pendapat mu ? anaknya menjawab : wahai ayahandaku ! laksanakanlah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu insyaallah ayahanda akan mendapati anakanda dari orang-orang yang sabar”. 

Contoh yang ditampilkan oleh keluarga ini perlu kita hayati. Kita perlu meletakkan ketaatan kepada Allah SWT melebihi dan mengatasi segala-gala yang lain. Kita perlu benar-benar melaksanakan janji kita dalam doa iftitah yang bermaksud : “Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku semuanya tertumpu bagi mendapatkan keredhaan Allah, tuhan mentadbir seluruh alam”.

3.jpg - 19.02 kB

JEMAAH AIDILADHA YANG DILINDUNGI ALLAH SWT SEKALIAN,
Mengakhiri khutbah Aidil'adha ini, marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan menghayati pengajaran daripada hari raya korban:
Pertama: Peristiwa pengorbanan yang dilalui oleh Nabi Ibrahim AS serta anaknya Nabi Ismail AS memberi makna besar kepada seluruh umat Islam dan ianya memperlihatkan secara jelas sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba. Ketaatan yang dilakukan bukan secara membuta tuli, sebaliknya didorong oleh keyakinan mematuhi perintah Allah SWT.

Kedua: Syariat berkorban menegaskan bahawa umat Islam memiliki empati dan simpati antara sesama insan. Jelasnya di sini, menguatkan hubungan dengan Allah SWT serta mengeratkan hubungan sesama manusia memperlihatkan penegasan bahawa elemen kebersamaan perlu diutamakan.

Ketiga: Pelaksanaan ibadah korban untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagai tanda kesyukuran di atas kurniaannya di samping mengikis sifat tamak dan bakhil dalam mengeluarkan harta. Semangat tangan di atas (yakni yang memberi) dan bukan tangan di bawah (yakni yang menerima) amat perlu untuk kita perkasakan. Firman Allah dalam surah al-Kauthar ayat 1 dan 2:

6.jpg - 30.83 kB

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”

7.jpg - 135.83 kB

 

8.jpg - 430.57 kB

9.jpg - 413.62 kB

Muat turun khutbah

35.jpg - 127.56 kB

1.png - 89.91 kB

MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

 

HADIRIN JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Baru-baru ini masyarakat dikejutkan dengan insiden kejam penderaan terhadap haiwan. Lantas membuat kita berfikir sejenak; Apa dosa makhluk ini? Bukankah haiwan juga makhluk ciptaan Allah SWT? Islam adalah agama yang mengajak kepada kebaikan melalui keluhuran budi pekerti dan perilaku sopan. Sesungguhnya sebagai ciptaan Allah SWT yang dikurniakan dengan akal yang boleh berfikir dan menentukan baik dan buruk, adalah menjadi kewajipan ke atas kita untuk menyayangi alam sekitar termasuklah haiwan yang turut diciptakan-Nya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang tidak menyayangi maka tidak disayangi (oleh Allah)”. (HR Bukhari)

 

HADIRIN JUMAAT YANG DIMULIAKAN

Muslim yang sejati akan mengamalkan sifat menghormati dan menyayangi haiwan kerana haiwan itu makhluk yang diciptakan oleh-Nya juga disamping mengharapkan keredhaan-Nya. Akhlak Islam yang syumul telah menggariskan panduan adab dengan haiwan seperti berikut:

1. Tidak menyeksanya atau mengurung sehingga mati kelaparan. Mengurung binatang tanpa memberinya makanan atau minuman sehingga ia mati kelaparan adalah dilarang sehingga seseorang itu boleh masuk ke neraka sebagaimana diceritakan dalam suatu peristiwa melalui hadis riwayat al-Bukhari yang bermaksud: “Disiksa seorang perempuan kerana seekor kucing yang telah dikurungnya sehingga mati kelaparan. Dengan sebab itu masuklah perempuan tersebut ke dalam api neraka”.

2. Berlaku baik ketika menyembelih. Allah SWT telah menggariskan panduan yang lengkap semasa penyembelihan bukan sahaja sebagai bukti rahmat-Nya, malahan untuk memastikan haiwan tersebut tidak menderita. Sabda Baginda Rasulullah: “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan terhadap tiap-tiap sesuatu, maka apabila kamu membunuh elokkanlah pembunuhan itu, dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu, dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia menyelesakan binatang sembelihannya”. (HR Muslim)

3. Diharuskan membunuh haiwan yang berbahaya. Berbalik kepada konsep Maqasid Syariah, apabila haiwan itu boleh mendatangkan bahaya kepada diri kita, adalah harus bagi kita untuk membunuh binatang tersebut. Sabda Baginda Rasulullah yang bermaksud: “Terdapat lima jenis binatang merbahaya yang boleh dibunuh di luar tanah haram atau di dalam tanah haram iaitu ular, gagak, tikus, anjing gila dan helang” (HR Muslim) Allah SWT wujudkan haiwan-haiwan di muka bumi ini semata-mata melengkapkan kelangsungan hidup manusia. Oleh itu, Islam mengecam sekeras-kerasnya penganiayaan serta zalim ke atas haiwan kerana ia menyalahgunakan rahmat Allah SWT.


SAUDARAKU JAMAAH JUMAAT YANG DIHORMATI,

Biarpun haiwan ini hanyalah sebagai pelengkap kehidupan manusia di bumi yang fana ini, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bersifat ihsan terhadap haiwan kerana ianya sebahagian ciptaan Allah SWT. Jati diri seorang muslim dicerminkan bukan sahaja melalui akhlak pergaulannya sesama manusia, tetapi juga apabila ia berhadapan dengan haiwan kerana padanya ada pahala untuk di bawa menghadap Allah yang Maha Esa di akhirat kelak. 

2.png - 21.60 kB

Mafhumnya: “Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan.” (Al-Maidah, ayat 85).

3.png - 54.52 kB

Muat turun khutbah

Bilangan Pelawat

429281
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days429281

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila klik pada pautan email ini: @jheains