Anugerah
KHAS
Muqadimah
Anugerah ini adalah pengiktirafan khas yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah sempena sambutan Ma’al Hijrah kepada pertubuhan sukarela, NGO dan agensi swasta di negeri ini. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada usaha ke arah pembangunan dakwah islamiah dan ekonomi umat Islam di negeri ini.
Objektif
- Memberi penghargaan kepada sumbangan persatuan dalam pembangunan dakwah Islamiah dan social ekonomi masyarakat Islam di Sabah; dan
- Menggalakkan perubuhan sikarela terlibat secara serius dalam pembangunan dakwah Islamiah dan ekonomi umat Islam di negeri ini.
Kriteria Pemilihan
- Sumbangan Persatuan dalam pembangunan dakwah Islamiah dan ekonomi umat Islam;
- Mempunyai struktur pentadbiran persatuan;
- Melaksanakan aktiviti yang berterusan dan berkesinambungan
Cara Pemilihan
- Semua pencalonan hendaklah mengunakan Borang K-Hijrah: 07;
- Pemilihan di peringkat Daerah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Peringkat Daerah. Pencalonan yang tidak dilakukan di peringkat Daerah tidak layak menyertai pencalonan ini. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Peringkat Negeri berhak menentukan pencalonan yang layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Pencalonan hendaklah dihantar kepada Unit Perayaan dan Hari Kebesaran Islam, Bahagian Penyelidikan & Informasi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Tingkat 4, Blok A, Wisma MUIS, Kota Kinabalu bagi pemilihan di peringkat negeri;
- Penilaian dibuat melalui kajian (research), pengamatan (observation), pengetahuan (knowledge) dan maklumat kerajaan dan awam; dan
- Pemilihan dan penganugerahan Pertubuhan sukarela dibuat dua (2) tahun sekali dan seorang pemenang sahaja.
- Tarikh akhir penghantaran borang ialah pada 13 Ogos 2019.