A- A A+

notis-penangguhan.png - 114.13 kB

notis-penangguhan.png - 114.13 kB

1.png - 2.20 MB

2.png - 81.48 kB

MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,


Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan menyeru kepada sidang jemaah yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan nilai ketakwaan kepada Allah SWT pada Jumaat yang penuh barakah ini, dengan meneruskan kualiti amalan agar kekal patuh pada perintah Allah SWT dan meninggalkan pula setiap laranganNya. Mudah-mudahan kita beroleh ganjaran sebaik-baiknya di dunia ini dan di akhirat nanti.

JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT SEKALIAN,


Acapkali kita mendengar peribahasa melayu yang berbunyi “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Peribahasa ini membawa maksud setiap perkataan tidak baik yang keluar daripada mulut dan mampu menyakiti orang lain boleh membinasakan diri sendiri. Peribahasa ini sangat besar maknanya. Agama islam sangat menitik beratkan kepentingan menjaga lisan. Daripada Abu Musa Al-As‟ari Radiallahu Anhu dia berkata, “Wahai Rasulullah, orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda menjawab: Orang yang kaum muslimin selamat dari (kejahatan) lidah dan tangannya. (HR Bukhari).

 

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI ALLAH SWT,


Perkataan yang tidak baik yang keluar daripada tutur kata seseorang hadir dalam pelbagai bentuk seperti; fitnah, mengeji, mencaci, mengumpat dan sebagainya. Kesemua bentuk perkataan mahupun penulisan yang boleh menyakiti orang lain adalah haram disisi agama. Imam al-Ghazali Rahimahullah menyebutkan dalam kitabnya Ihya‟ „Ulumuddin bahawa menyebarkan dengan apa sahaja cara suatu fitnah yang boleh difahami sama ada dengan percakapan, isyarat mahupun tulisan hukumnya adalah haram. Sifat orang beriman itu tidaklah dia suka mengumpat dengan perkataan dan tingkah laku. Ancaman bagi mereka yang mencela dan mencaci jelas dalam potongan ayat surah al-Humazah ayat 1;

3.png - 6.72 kB

Maksudnya; “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji”


JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,


Mutakhir ini, fenomena persaingan menjadi orang pertama tularkan sesuatu khabar melalui laman-laman sosial dan aplikasi-aplikasi telefon bimbit menjadi trend terkini masyarakat kita. Penyalahgunaaan kemudahan ini digambarkan dengan menyebarkan sesuatu perkara, maklumat dan berita tanpa tabayyun yang jelas dan tanpa menyelidiki terlebih dahulu kebenaran dan kesahihannya. Lebih merunsingkan lagi terdapat diantara maklumat atau berita yang disampaikan itu berupa pembohongan semata-mata. Apa yang lebih dahsyat lagi jika pembohongan itu menjadi fitnah dan seterusnya mengaibkan mana-mana pihak atau individu tertentu. Justeru kita sebagai umat Islam wajib menghindari perbuatan ini. Marilah bersama-sama menjaga lisan kita daripada menjadi asbab tergurisnya perasaan saudara kita yang lain. Janganlah kita menjadi perantara berlakunya perpecahan umat. Ingatlah bahawa umat Islam adalah seumpama satu badan; jika salah satu anggota sakit, maka seluruh badan akan turut merasai sakitnya.

4.png - 37.74 kB

Maksudnya: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah Ali Imran:103)

5.png - 41.83 kB

6.png - 140.57 kB

7.png - 31.62 kB

Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami kesejahteraan, keamanan, keselamatan serta lindungilah kami daripada bala bencana dan wabak penyakit berbahaya khususnya Covid-19.
Ya Allah, Jadikanlah kami dan daripada keturunan kami orang-orang yang istiqamah mendirikan solat secara berjemaah, menunaikan zakat, mewakafkan harta dan berinfaq pada jalan yang Engkau redhai. Sesungguhnya hanya kepadaMu jua Ya Allah tempat Kami mengadu dan memohon pertolongan.

8.png - 75.20 kB

 Muat turun khutbah

1.jpg - 163.01 kB

2.jpg - 136.52 kB

 

SOP_MASJID_2021.png - 970.24 kB

 

1.jpg - 959.11 kB

2.jpg - 202.18 kB

 

Bilangan Pelawat

439223
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days439223

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila klik pada pautan email ini: @jheains