A- A A+

notis-penangguhan.png - 114.13 kB

1.png - 3.26 MB

2.png - 358.83 kB

MUSLIMIN JEMAAH JUMAAT RAHIMAKUMULLAH!

Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala yang ditegah-Nya sebagai bekalan untuk dibawa di hari perhitungan kelak.

 

PARA JEMAAH YANG DIMULIAKAN ALLAH!

Walaupun pada dasarnya teknologi dan alat-alat komunikasi serba canggih yang mendominasi gaya hidup kita dewasa ini direka cipta bertujuan baik untuk memudahkan urusan harian manusia, namun ia juga tidak terlepas daripada disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggunjawab dan mempunyai kecenderungan untuk membuat onar. Hakikat ini pastinya membimbangkan banyak pihak khususnya para ibu bapa, guru, pemimpin, golongan mukmin dan anggota masyarakat yang cintakan keamanan dan keharmonian. Apa tidaknya, jika tidak cakna terhadap kualiti dan kesahihan maklumat yang disajikan itu maka ia pasti memberi kesan yang buruk.

 

JEMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH!

Salah satu bentuk penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi hari ini ialah menyalur dan menyebarkan perkara atau berita tidak benar di alam maya. Ia termasuklah perbuatan fitnah dan memfitnah melalui media sosial seperti facebook, instagram,  whatsapp, SMS dan sebagainya.

Fitnah adalah kata bahasa Arab yang mafhumnya adalah cubaan atau ujian. Dalam masyarakat kita, fitnah merujuk kepada perkara yang direka-reka atau tuduhan yang diada-adakan bertujuan memburukkan atau memudaratkan seseorang individu atau sesuatu pihak. Jadi, perbuatan memfitnah bererti membuat tuduhan tidak benar atau mengada-adakan cerita untuk menjatuhkan reputasi seseorang individu atau pihak-pihak yang disasarkan.

Mangsa fitnah berkemungkinan menderita sepanjang hayatnya. Ini kerana, mereka bukan sahaja berhadapan dengan tohmahan dan buruk sangka, malahan berkemungkinan berhadapan dengan tanggapan negatif khalayak sebagai manusia jahat dan mesti dipulaukan oleh masyarakat. Ini menunjukkan yang fitnah itu merupakan suatu ujian bukan sahaja terhadap mangsa, bahkan ia juga merupakan suatu ujian terhadap pelaku fitnah.

Lantaran itu, fitnah dikira lebih dahsyat daripada membunuh sehingga dosa pembuat fitnah dikategorikan sebagai dosa besar di sisi Allah. Ini sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 217:-

3.png - 54.51 kB

Yang bermaksud: “…Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar dosanya) daripada pembunuhan…” (S. al-Baqarah: 217)

 

HADIRIN JEMAAH SEKALIAN!

Sememangnya agak sukar membendung budaya fitnah menfitnah ini kerana ia berkait rapat dengan tabiat manusia. Tabiat manusia yang beraneka ragam pula secara umumnya lebih terarah kepada perkara-perkara yang jelek dan menyalahi syariat, seperti halnya dengan perbuatan mereka-reka cerita tidak benar dan membuat tuduhan-tuduhan liar terhadap seseorang individu atau pihak-pihak tertentu. Namun begitu, dalam menghadapi budaya fitnah menfitnah yang sangat berbahaya ini, Islam menganjurkan kita supaya menyaring setiap maklumat yang diterima terlebih dahulu sebelum dikongsikan dengan orang lain atau menyebarkannya ke alam maya melalui media-media sosial. Tanpa mengira siapa pengirim maklumatnya, umat Islam wajar berhati-hati dengan mengamalkan konsep Tabayyun, sebagaimana dianjurkan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya:--

4.png - 230.27 kB

Yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang  fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah ((untuk menentukan) kebenarannya,  supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan  sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang  kamu telah lakukan.” (S. al-Hujurat: 6)

 

SAUDARA JEMAAH YANG BIJAKSANA!

Konsep Tabayyun merangkumi usaha menyelidiki sumber dan kesahihan setiap maklumat yang diterima. Ini penting dilakukan memandangkan pembawa atau pengirim maklumat di alam maya kini bukan sahaja beraneka latar belakangnya, malahan beraneka tujuan dan sasarannya. Pendek kata bukan sahaja golongan kuffar, munafik dan fasik yang memanfaatkan media-media sosial untuk tujuan-tujuan tertentu, malahan umat Islam juga tidak ketinggalan menggunakan platform media sosial sebagai medium dakwah dan tarbiah.

 

PARA JEMAAH YANG MULIA!

Sehubungan dengan itu marilah kita sama-sama merenung dan mentadabur firman Allah SWT dalam surah al-Israa’ ayat 36:

5.png - 172.42 kB

Maksudnya: “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran, dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (S. al-Israa’: 36)

Sehubungan dengan mafhum firman Allah tersebut, gunakanlah segala pancaindera kurniaan Ilahi seperti mata, telinga, akal,tangan dan sebagainya dijalan-jalan makruf dan diredhai Allah. Ini wajib dipatuhi memandangkan kesemua pancaindera manusia akan menjadi saksi ke atas pemiliknya pada hari pengadilan di padang Masyar kelak.

6.png - 128.05 kB

7.png - 239.99 kB

8.png - 204.42 kB

 

Muat turun khutbah 1

Muat turun khutbah 2

 

Bilangan Pelawat

439262
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days439262

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila klik pada pautan email ini: @jheains