A- A A+

new-notis.png - 153.04 kB

1_1.jpg - 3.29 MB

1_2.jpg - 488.58 kB

SAUDARA MUSLIMIN JEMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH!

Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT, untuk mempermudahkan kita menelusuri jalan menuju akhirat yang kekal abadi.

 

JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA!

Apabila memperkatakan tentang musibah, fikiran kita tentu terarah kepada wabak Covid-19 yang melanda dunia. Wabak ini memberi dampak yang serius terhadap hidup dan kehidupan manusia. Apa tidaknya, ia mengakibatkan ramai yang menemui ajal dan masih ramai lagi yang sedang menderita menghidap penyakit berbahaya itu di samping mengalami tekanan hidup dari segi ekonomi, sosial dan sebagainya.

Pun begitu saudara-saudara sekalian, penyakit seperti Covid-19 bukanlah satu-satunya musibah yang menimpa manusia hari ini. Banyak lagi sebenarnya musibah yang berlaku tetapi kita kadang-kadang kurang peka ataupun merasakan ia tidak menimpa kita. Bencana alam, kemalangan, kegagalan dan kesusahan disebabkan kemiskinan hidup juga merupakan suatu musibah.

 

JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH!

Dalam menghadapi musibah yang menimpa diri secara khusus atau yang melanda manusia secara umum, perbuatan mengeluh, menyalahkan takdir dan menuding jari kepada orang lain tidak akan menyelesaikan masalah. Apa yang wajar dilakukan adalah melihat dan mengenalpasti bentuk dan punca setiap musibah itu dan bagaimana cara untuk menangani musibah berkenaan.

Sepertimana yang telah diketahui, bentuk musibah itu tidak terhad kepada penyakit sahaja, malah kemarau, banjir, tanah runtuh, gempa bumi, peperangan, kekurangan makanan hatta tersusuk duri pun dikira suatu musibah.

Sesungguhnya bermuhasabah diri merupakan kebijaksanaan dalam melihat bentuk dan punca sesuatu musibah. Ia menuntut kita supaya memikir dan mengkaji sebab-musabab musibah yang menimpa, seterusnya menginsafi kelemahan diri dan kesalahan yang dilakukan. Ini penting dilakukan kerana kebanyakan musibah adalah akibat daripada perlakuan manusia sendiri. Kenyataan ini ditegaskan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya:--

1_4.jpg - 122.72 kB

Yang bermaksud: “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” (Surah Asy-Syuraa, ayat 30)

 

SAUDARA MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN ALLAH!

Berpandukan kepada mafhum firman Allah tersebut, kebanyakan petaka atau musibah yang berlaku dan menimpa kita secara khusus atau secara umum, berhubung kait dengan salah laku manusia. Tabiat kebanyakan manusia yang berbuat dosa dengan mengingkari perintah dan tegahan agama mengundang kemurkaan Allah selaku Pemilik dan Pentadbir alam semesta ini.

Kesalahan dan dosa yang dilakukan manusia itu pula berbagai-bagai. Dari aspek berpakaian umpamanya, ramai yang tidak menutup aurat. Dari soal makan minum pula, ramai yang tidak menitikberatkan soal halal haramnya. Keindahan alam sekitar dicemari dengan aktiviti pembakaran secara terbuka, penarahan bukit-bukau, penebangan hutan sewenang-wenang, pengaliran bahan-bahan beracun ke sungai dan sebagainya. Manakala perintah solat lima waktu ramai yang mencuaikannya. Lebih menjelekkan lagi ialah semakin ramai yang tidak lagi segan silu melakukan maksiat secara terang-terangan seperti zina, seks songsang, rasuah dan lain-lain lagi.

Justeru itu, apa jua musibah yang berlaku dan menimpa manusia pada dasarnya merupakan satu cara bagi Allah memberi peringatan serta pengajaran kepada manusia. Pada masa sama, musibah juga bertujuan menguji tahap keimanan, kebijaksanaan dan kesabaran manusia dalam menghadapi dan mengatasi musibah yang berlaku. Musibah yang menimpa itu juga dilihat sebagai tanda kasih Allah kepada hamba-hamba-Nya sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah SWT apabila menyukai sesuatu kaum, akan diuji mereka itu dengan musibah. Maka siapa yang redha dengan ujian Allah, maka Allah redha kepadanya dan siapa yang benci kepada musibah, maka Allah murka kepadanya.”

(H.r. Imam Ahmad dan Tirmizi)

 

KAUM MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH!

Kata bijak pandai, jangan fikirkan yang sedap sahaja, kadang-kadang kita juga kena telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun. Kerana itu, apabila ditimpa atau berhadapan dengan sesuatu musibah, jangan mengeluh dan mencela. Terima dan hadapilah ia dengan rasa syukur kerana ia sedikit sebanyak mengingatkan kita kepada Allah dan bermuhasabah diri terhadap punca dan hikmah di sebalik musibah berkenaan.

Sebaik-baik tindakan dalam mendepani apa jua musibah adalah beristighfar atau memohon ampun kepada Allah akan dosa serta kesalahan yang dilakukan sama ada yang disedari mahupun yang tidak disedari. Ia harus disusuli dengan taubat nasuhah, iaitu menyesali sungguh-sungguh segala dosa dan kesalahan yang dilakukan; berazam tidak mengulangi lagi dosa dan kesalahan yang telah dilakukan; seterusnya istiqamah mengerjakan amal-amal soleh.

Langkah ini selaras dengan anjuran Allah SWT:--

1_5.jpg - 223.93 kB

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai…”

(Surah at-Tahrim, ayat 8)

Sehubungan itu, dalam kekalutan musibah yang bersilih ganti ini, sama-samalah kita terus bermuhasabah diri dan bertaubat, mengingat bahawa tiada siapapun yang dapat mengelakkan daripada musibah jika Allah menghendakinya selaras dengan peringatan yang diberikan-Nya:--

1_6.jpg - 126.67 kB

Yang bermaksud: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Berat Azab seksa-Nya.” (Surah al-Anfal: 25)

1_7.jpg - 390.07 kB

2_1.jpg - 1.63 MB

2_2.jpg - 2.09 MB

 

 

Muat turun khutbah

 

 

 

 

 

1.jpg - 290.57 kB

2.jpg - 88.28 kB

MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,

Mimbar berpesan kepada diri sendiri dan jemaah sekalian, marilah kita mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Laksanakan yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang ditegah. Semoga dengan itu kita akan dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. 

 

HADIRIN JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Pada hari ini kita semua masih lagi berusaha memerangi Pandemik Covid-19 yang kita belum pasti bilakah pengakhirannya. Ujian yang menimpa kita pasti memberi kesan dalam kehidupan, samada kesan dalam amalan agama, kehidupan sosial mahupun pekerjaan seharian. Kita sebagai umat Islam, harus menerima ujian ini dengan keyakinan bahawasanya ia ketentuan dan ujian daripada Allah SWT, hanyasanya kepadaNya kita memohon untuk dijauhkan daripada penyakit ini, disamping kita tidak berputus asa berusaha bersama-sama untuk memeranginya. Ujian berat seperti ini kadangkala membawa kepada sangkaan meleset yang Allah tidak kasih dan belas kepada diri kita. Namun pada saat kita dibuai kesenangan, kita lupa bahawa sebenarnya itu juga ujian Allah SWT bahkan menyebabkan kita hanyut, lalai, dan alpa. 

Mentadabbur firman Allah SWT mengenai perkara ini dalam surah Yunus ayat 12 yang bermaksud: “Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami, sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; Maka setelah Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia kembali dengan cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang yang menimpanya. demikianlah diperelokkan pada pandangan orang yang melampau apa yang mereka lakukan.” 

 

HADIRIN JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Dalam usaha kita bersama memerangi Pandemik ini, kita seharusnya istiqomah dan konsisten dalam melakukannya. Hal ini kerana, keberhasilan itu sudah pasti memerlukan komitmen penuh yang tidak berbelah bagi. Patuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga peka dengan setiap arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dengan izin Allah SWT kita pasti berjaya menanganinya bersama, kerana setiap penyakit itu pasti ada penawarnya. Imam Muslim meriwayatkan daripada Jabir RA bahawa baginda SAW bersabda mafhumnya: 

Daripada Jabir, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda,“Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu serasi digunakan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah Azza wa Jalla.”

 

HADIRIN JEMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT,

Kita sebagai umat Islam yang memiliki keimanan yang teguh serta jati diri yang terpuji hendaklah yakin bahawasanya disebalik kesemua ujian dan mehnah ini ada hikmah yang Allah SWT sembunyikan. Kita sebagai hamba teruskan berusaha sebaiknya dan panjatkan munajat kepadaNya, natijahnya serahkan kepada Allah SWT penguasa sekalian alam. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ankabut 1-3: 3.jpg - 42.98 kB

Maksudnya: “Alif, Laam, Miiim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.”

4.jpg - 58.72 kB

5.jpg - 191.79 kB

6.jpg - 177.09 kB

Muat turun khutbah

0611.jpg - 288.94 kB

1.jpg - 65.23 kB

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini diberkati di dunia dan di akhirat.

 

MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,

Islam adalah ajaran yang syumul merangkumi segala aspek kehidupan. Islam menggariskan segala bentuk panduan untuk diikuti dan dipatuhi oleh umat manusia. Walau bagaimanapun, dengan segala bentuk kepatuhan kepada Sang Pencipta, islam juga sangat meraikan perkembangan pemikiran dan ideologi bersesuaian dengan acuan syarak.

Ajaran islam adalah ajaran yang sangat meraikan akal fikiran, kerana dengan anugerah akallah manusia dikategorikan sebagai sebaik-baik ciptaan. Allah SWT berfirman dalam Surah at-Tin ayat 4;

2.jpg - 8.54 kBMaksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik- baiknya”.

Maka, dengan kurniaan akal fikiran inilah membezakan manusia dengan ciptaan Allah yang lain seperti binatang. Binatang adalah ciptaan Allah SWT yang tidak dikurniakan akal fikiran dengan sebab itulah kita dapat melihat bagaimana tingkah laku seekor binatang yang sangat jauh dengan pertimbangan akal fikiran. Berbeza dengan manusia, manusia diberikan taklifan untuk menjadi hamba Allah SWT yang melaksanakan segala amal kebaikan dan menjauhi segala perkara yang keji kerana dengan kurniaan akal inilah manusia boleh membezakan perkara yang baik dan perkara yang tidak baik.

 

JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Fenomena global merujuk kepada kemodenan dan frasa maklumat dihujung jari sering menjadi perbahasan para ilmuan. Dengan ledakan kapasiti maklumat yang bercampur aduk diantara kesahihannya dan keraguannya, kita sebagai umat Islam perlu menilai dari kacamata atau perspektif yang digariskan oleh syara’. Dengan kepesatan pembangunan teknologi ini boleh diibaratkan seperti sebilah pisau yang boleh bermanfaat dan dalam masa yang sama juga boleh membawa kemudharatan. 

Allah SWT menciptakan manusia di muka bumi untuk menjadi khalifah sekaligus memakmurkan apa yang ada di muka bumi dengan membangunkan sesebuah Negara samada dari segi pembangunan infrastruktur mahupun pembangunan modal insan. Perkara-perkara ini saling berkaitan dengan kepesatan pembangunan teknologi juga kemodenan. Perkara ini termasuk dalam tanggungjawab manusia untuk mempastikan pembangunan sentiasa menjadi keutamaan. Allah SWT berfirman dalam surah Hud ayat 61 yang bermaksud: “Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Salleh. Ia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dialah yang telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hamba-Nya.”

 

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI ALLAH SEKALIAN,

Agama Islam dan arus kemodenan dan tidak pernah mengenepikan kebolehan akal fikiran dalam melaksanakan sesuatu pembangunan. Akan tetapi perlu diingatkan, ajaran Islam mengajarkan kepada umatnya untuk bersedia dalam pelbagai hal dan keadaan. Sebagai contoh, individu muslim perlu persiapkan diri dari segi rohani dan intelektual dengan melengkapkan ilmu sebenar dalam upaya membangunkan sesebuah Negara. Para cendekiawan Islam sangat berpesan mengenai kepentingan ilmu dalam tadbir urus sesuatu perkara. Antaranya Imam As-Syafie pernah mengungkapkan yang dinukil oleh Imam Nawawi dalam muqaddimah “al-Majmu’ ”, katanya: 

“Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan ilmu, barangsiapa yang menginginkan keduanya, maka hendaklah dengan ilmu”. Disamping itu, usaha memakmurkan kehidupan di dunia ini hendaklah tujuanutamanya bagi meraih kebahagiaan kehidupan di akhirat. Ini kerana sebagai seorang muslim sejati, kita menumpukan seluruh kehidupan bagi meraih mardhatillah”  itulah kebahagian hakiki.

Maka dengan menumpukan syarat-syarat dan tujuan utama seperti yang dinyatakan tadi, sudah tentu umat Islam akan meraih keberhasilan dalam melonjakkan usaha memakmurkan dunia sesuai dengan acuan syara’. Justeru itu Islam tidak akan difitnah serta dilabel sebagai ajaran yang konservatif mahupun kolot yang menolak kemodenan. Walhal, islam itu adalah agama yang syumul dan meraikan segala bentuk pembangunan yang membawa kepada kemakmuran dan kebahagiaan hidup seperti firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf, ayat 10:

3a.jpg - 107.87 kB

4.jpg - 182.61 kB

5.jpg - 140.76 kB

Muat turun khutbah

1.png - 387.17 kB

2.png - 76.30 kB

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini diberkati di dunia dan di akhirat.

 

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Keluarga merupakan sebuah institusi sosial yang kecil tetapi mempunyai peranan yang sangat besar. Kita semua mempunyai keluarga tidak kiralah sama ada keluarga itu besar atau kecil. Keluarga yang sejahtera, akan melahirkan masyarakat dan Negara yang makmur. Islam amat menitikberatkan hubungan kekeluargaan sehingga Allah SWT berfirman dalam Surah al-Tahrim ayat 6 seperti yang dibacakan pada awal khutbah tadi yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman!  Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Dalam usaha melahirkan keluarga yang bertakwa dan diredhai Allah, maka para ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorakkan pembentukan keluarga dan menentukan hala tuju yang tepat atas landasan Islam. Peranan ibu-bapalah yang menentukan dan mencorakkan cara hidup anak-anak sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud:

“Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik.” (Hadis riwayat Muslim)

Bagi anak-anak pula, mentaati dan berbuat baik serta berbakti kepada ibu bapa merupakan suatu kewajipan yang mesti ditunaikan. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Israa’ ayat 23:3.png - 45.88 kB

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah!", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Seterusnya, apabila masing-masing dalam keluarga menjalankan tugas dan peranan masing-masing serta menunaikan hak ahli keluarganya, maka, akan lahirlah sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera.

 

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Menjadi tanggungjawab bagi setiap ahli keluarga berusaha bagi memastikan sesebuah keluarga itu bahagia. Kerana itu, setiap ahli keluarga perlu bertindak untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam mendepani musim yang mencabar ini, kita memerlukan kesedaran yang tinggi dalam diri setiap individu untuk memastikan kesihatan diri dan keluarga terjamin dari jangkitan wabak penyakit. Kerajaan telah menetapkan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh setiap rakyat. Peluang keberadaan di rumah sepatutnya kita manfaatkan dengan sebaiknya untuk memupuk hubungan kekeluargaan dan sokongan sosial yang tinggi bagi membantu keluarga terus kekal sejahtera semasa atau pasca PKP.

Tanggungjawab memelihara diri dan keluarga meliputi urusan duniawi dan ukhrawi. Selain membangunkan aspek kerohanian seperti memastikan anak-anak melaksanakan perintah dan meninggalkan perkara yang dilarang dalam agama. Ibu bapa juga perlu memastikan keperluan duniawi seperti makan, minum, kesihatan, dan tempat tinggal ahli keluarganya berada pada kondisi yang baik. Antara kunci utama dalam melahirkan keluarga yang diberkati ialah dengan memelihara solat, membaca al-Quran di samping melaksanakan amalan-amalan lain yang diperintahkan dan menjauhi larangan Allah SWT. Masing-masing perlu bertindak saling menasihati antara satu sama lain. Dalam kesempatan kita duduk di rumah bersama keluarga, marilah kita sama-sama bermunajat kepada Allah SWT agar musibah yang kita lalui ini akan segera berlalu. Sesungguhnya hanya kepada Allah jualah tempat yang selayaknya kita mohon pertolongan. Wujudnya institusi keluarga yang bahagia dan sejahtera akan melahirkan pula masyarakat yang harmoni.

4.png - 90.17 kB

5.png - 360.20 kB

6.png - 326.26 kB

Muat turun khutbah

a.jpg - 256.07 kB

b.jpg - 86.25 kB

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

 

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Para Fuqaha’ telah memberikan perhatian mengenai kebersihan apabila memulakan perbincangan dalam kitab-kitab fiqh dengan bab taharah, iaitu kebersihan terlebih dahulu. Ini membuktikan bahawa kebersihan itu adalah satu keutamaan dalam semua hal khususnya dalam ibadat. Budaya menjaga kebersihan adalah amat dituntut dalam agama Islam. Islam menganjurkan umatnya untuk sentiasa mengamalkan kebersihan dan ia merangkumi kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal, tempat beribadah, tempat awam, dan sebagainya. Bagi menjaga kebersihan diri, bukan setakat menjaga kebersihan luaran sahaja akan tetapi merangkumi kebersihan hati nurani daripada sifat kufur dan segala perkara yang boleh membawa kepada bahaya dan dosa seperti perbuatan syirik iaitu menyekutukan Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Malik Al-Ansyari, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam  bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Sesungguhnya agama Islam juga sangat menitikberatkan kebersihan dalam mengerjakan amal ibadah kerana Allah S.W.T sangat menyukai hambaNya yang sentiasa mensucikan diri sebelum melakukan ibadah seperti sembahyang di mana seseorang itu hendaklah memastikan diri, pakaian dan tempat sembahyangnya dalam keadaan bersih dan suci serta terhindar dari segala najis begitu juga dengan memegang Al-Qur’an, melakukan tawaf dan sebagainya hendaklah dengan berwuduk.

Firman Allah Azza Wa Jalla dalam surah Al-Baqarah ayat 222:

c.jpg - 11.13 kB

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang senantiasa mensucikan diri”

 

SIDANG JEMAAH YANG DIMULIAKAN ALLAH,

Agama Islam sangat mementingkan soal kebersihan dan kesihatan bagi mewujudkan suasana yang selesa di dalam semua keadaan sama ada ketika beribadah ataupun tidak. Begitu juga bagi Allah SWT, sangat menyukai hamba- hambaNya yang sukakan kebaikan, kecantikan dan kebersihan. Sepertimana hadis yang diriwayatkan At-Tirmizi yang mafhumnya: “Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan Dia menyukai kedermawanan. Maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu”.

Maka dengan itu, dapat kita simpulkan, bahawa Islam amat menyukai orang yang sukakan kebersihan kerana kebersihan adalah asas kepada kesihatan. Ketahuilah bahawa membersihkan badan seperti mandi, mencukur misai, memotong kuku serta mencukur bulu adalah amalan-amalan sunat yang dituntut dalam Islam. Amalan-amalan ini mempunyai hikmah, antaranya, boleh mengekalkan kesihatan, mengelakkan diri daripada mendapat pelbagai penyakit, menampakkan kekemasan dan yang paling penting mengamalkan sunah Rasullullah SAW.

d.jpg - 15.90 kB

Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri, yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahanmu, yang sangat inginkan kebaikan bagimu, (dan) amat belas lagi penyayang kepada orang yang beriman”. (Surah at-Taubah: 128)

e.jpg - 59.40 kB

aa.jpg - 174.44 kB

bb.jpg - 151.30 kB

Muat turun khutbah

Bilangan Pelawat

436483
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days436483

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila klik pada pautan email ini: @jheains