A- A A+

BORANG_SARINGAN_HIV_PRA_PERKAHWINAN.png - 876.42 kB

a.jpg - 86.66 kB

MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan memperkukuhkan pengabdian diri kita kepada-Nya, melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

b.jpg - 11.92 kB

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Islam ialah agama dakwah yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia bertujuan untukmensejahterakan kehidupan umat manusia di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT didalam ayat 107 Surah al-Anbiya’; 

 

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” Mutakhir ini, kita dapat menyaksikan hampir 1.6 bilion manusia menganut agama Islam di seluruh dunia. Statistik ini menjelaskan betapa keberhasilan proses dakwah yang dilaksanakan oleh para Da’ie bersesuaian dengan keperluan semasa malah diterima dan dekat di hati masyarakat sehingga mampu membawa manusia kepada mentauhidkan Allah SWT.

 

SIDANG JEMAAH JUMAAT YANG DIMULIAKAN ALLAH,

Allah SWT berfirman dalam al-Quran melalui surah al-Nahl ayat 125; 

c.jpg - 28.35 kB

Maksudnya; “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah atau kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”.

Melalui ayat ini dapat difahami bahawa kaedah dakwah yang digariskan di dalam al-Quran adalah melalui;

  1. Pertama: Hikmah atau Kebijaksanaan; tidak mencukupi dengan berbekalkan ilmu yang ada di dada sahaja, seorang Da’ie itu perlu menjuarai kaedah penyampaian yang baik, smart dan bersesuaian dengan keadaan.
  1. Kedua: Memberi nasihat dan pengajaran yang baik; Kaedah ini disebut juga sebagai amr ma’ruf nahi mungkar iaitu menyeru melakukan kebaikan dan meninggalkan segala keburukan.
  1. Ketiga: Berbahas menggunakan perkataan yang lebih baik; perkara ini juga yang Allah SWT sebutkan termasuk salah satu sifat ibadurrahman yang dicintai oleh Allah SWT, jika orang jahil memintanya untuk berdebat, maka dia membalasnya dengan perkatan “sejahtera atas kamu”. Dengan kaedah ini golongan Mad’u akan merasa senang dan sentiasa membuka hati untuk didekati kerana konsep dan pendekatan dakwah yang digariskan agama sangat mementingkan adab dan budaya setempat.

 

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Dalam era globalisasi ini, media sosial pada harini dilihat sebagai medium dan tumpuan manusia sejagat.Penggunaan media sosial telah menguasai pelbagai aspek kehidupan termasuklah aktiviti dakwah. Justeru,penggunaan media sosial seperti facebook, whatsapps, instagram dan twitter, dilihat memberi peluang yang luasdalam menyampaikan mesej dakwah kerana sifatnya yang pantas dan sejagat. Dilaporkan bahawa kini terdapat lebih 500 juta pengguna facebook dan lebih 100 juta pengguna twitter di seluruh dunia. Di negara kita direkodkan lebih 12 juta rakyat di negara ini mempunyai akaun facebook, majoritinya berusia antara 16 hingga 35 tahun.

Namun, jumlah yang sedemikian banyaknya ini sangat terdedah dengan pelbagai perkongsian maklumat samada maklumat yang sahih dan dan maklumat yang tidak sahih, malahan dipenuhi dengan  fitnah dan eksploitasi.

Justeru, perkara ini menjadi satu cabaran kepada para dai’e yang giat aktif di media sosial kerana mereka juga tidak terlepas daripada ancaman fitnah dan eksploitasi. Oleh yang demikian, para dai’e hendaklah bersedia dari segi ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan teknologi serta aplikasi-aplikasi yang digunakan agar tidak mudah untuk menjadi sasaran orang-orang tertentu yang berniat untuk menjatuhkan usaha dakwah di muka bumi ini. Dakwah itu tidak terhad hanya dengan ceramah mahupun kelas-kelas bimbingan sahaja, akan tetapi dengan kelebihan dunia teknologi usaha dakwah ini dapat menerobos dengan hanya satu klik di alam maya. Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah sama-sama kita mentadabur firman Allah SWT dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8:

d.jpg - 135.67 kB

Muat turun khutbah

Bilangan Pelawat

449319
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days449319

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila klik pada pautan email ini: @jheains