A- A A+

INFO PUSAT ZAKAT SABAH

zakat.jpg - 114.54 kB

corona.jpg - 117.04 kB

preview

IKRAR JHEAINS SEMPENA MAJLIS PERUTUSAN PENGARAH BERSAMA KAKITANGAN JHEAINS DI DEWAN TUN SAKARAN HOTEL TABUNG HAJI KOTA KINABALU PADA 21 JANUARI 2020

 

1.png - 72.21 kB

 

SAUDARA MUSLIMIN JEMAAH JUMAAT YANG MULIA,

Sempena penghulu segala hari yang penuh berkat ini, bersama-samalah kita terus berazam dan berusaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT sebagaimana diperintahkan ke atas kita sekalian melalui firman- Nya:

2.png - 13.56 kB

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan- Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah dia sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi dingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” (S. Al- Hasyr: 18).

 

PARA JEMAAH SEKALIAN,

Setiap detik yang kita lalui memberi isyarat bahawa jangka hayat kita di dunia yang fana ini semakin singkat dan ajal kian dekat. Inilah kenyataan yang mahu tidak mahu terpaksa kita terima dan hadapi meskipun pesona kehidupan dunia membuat kita ingin hidup lebih lama lagi. Seruan Ilahi untuk kembali kepada-Nya tidak akan dapat dihindari oleh sesiapapun kerana sudah menjadi suratan setiap yang hidup pasti akan mati bila sampai waktunya. 

Firman Allah SWT:

3.png - 9.92 kB

Maksudnya: “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (S. Al-Anbiyaa’: 35).

Sehubungan dengan peringatan Allah SWT tersebut, maka jadikanlah peristiwa kembalinya ke Rahmatullah di kalangan saudara mara, jiran tetangga ataupun rakan taulan kita sebagai ibrah untuk menginsafi diri bahawa tiada yang kekal di alam ini melainkan Allah Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Sedarilah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah umpama permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. Sedangkan negeri akhirat itu ialah tempat kehidupan yang jauh lebih baik bagi orang yang bertaqwa sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:

4.png - 10.83 kB

Yang bermaksud: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (S. Al-An’aam: 32).

 

KAUM MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH, 

Pada penghujung ayat firman Allah SWT yang baru dibacakan itu, Allah SWT menganjurkan kita supaya memikirkan perihal perkara yang telah dijelaskan-Nya itu. Ia bersangkut dengan soal kehidupan sementara di dunia yang penuh mempesonakan serta kehidupan akhirat yang bakal menjadi destanasi abadi. Allah SWT menganjurkan kita supaya menghayati dan memikirkan perkara berkenaan sebagai dorongan kepada kita semua supaya tidak lalai daripada menyediakan bekalan secukupnya untuk menuju kampung akhirat.

Dengan erti kata lain, masa hidup yang diperuntukkan oleh Allah SWT kepada kita di dunia ini harus dihargai dan disyukuri. Caranya sudah tentulah memanfaatkan setiap detik untuk menyembah dan beribadat kepada Allah SWT selaras dengan firman-Nya:

5.png - 6.13 kB

Yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (S. Az- Zariat: 56).

Ayat ini, menjelas bahawa tujuan hidup manusia adalah untuk menjadi hamba Allah SWT yang sejati, yakni menyembah dan beribadat hanya kepada Allah SWT saja, bukan hamba kepada yang lain. Segala yang kita kerjakan dan lakukan mestilah dalam lingkungan mematuhi segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya, sebagaimana firman-Nya:

 6.png - 13.29 kB

Yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepada-Nya (dengan mematuhi perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” (S. Al-Maa’idah: 35).

 

HADIRIN JEMAAH YANG BERBAHAGIA,

Dalam konteks meningkatkan amal ibadat di ketika jangka hayat kita semakin pendekmenuntut kita supaya bijak memanfaatkan masa serta kesempatan yang ada sebaik mungkin untuk melaksanakan tuntutan agama. Masa yang beredar tidak boleh dibiarkan berlalu tanpa  melakukan sebarang amal atau perkara yang bermanfaat. Begitu juga masa yang ada itu tidak boleh diisi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Mengisi masa dengan perkara-perkara yang tidak memberikan kebaikan atau membiarkan masa yang berharga itu berlalu begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu yang tidak memberi manfaat kepada hidup boleh diibaratkan sebagai kufur nikmat atau tidak tahu bersyukur dengan kurniaan masa. Ini kerana, perbuatan mensia-siakan masa boleh menjejaskan prestasi dan produktiviti manusia sebagai hamba Allah SWT dan khalifah di muka bumi ini. Maka, mereka yang bertabiat sedemikian tergolong sebagai orang-orang yang rugi. 

Justeru di dalam al-Quran, Allah SWT bersumpah dengan masa bahawa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman, beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan sabar. Perkara ini terakam pada firman Allah SWT:

7.png - 14.32 kB

Yang bermaksud: “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (S. Al-Asr: 1-3).

Seiringan dengan firman Allah SWT tersebut, Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya tidak mensia-siakan masa serta peluang untuk meningkatkan amal ibadat agar beroleh keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT. Sabda Baginda, maksudnya: “Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa mudamu sebelum tua, masa senangmu sebelum susah dan masa hidupmu sebelum mati.” (HR Hakim dan Baihaqi).

 

JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Melalui sabdanya tersebut, Baginda SAW menasihatkan kita supaya meningkatkan amal ibadat dari segi kuantiti dan kualitinya semasa hayat masih dikandung badan serta berada dalam keadaan senang, sihat, dan dalam usia muda dengan tenaga yang masih kuat. Baginda memberikan nasihat ini kerana dari segi lumrahnya apabila sudah tua, sakit, sibuk dan tak bermaya pastinya pergerakan semakin perlahan yang boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti amal ibadat. Justeru sementara badan masih sihat dan kuat, usia masih muda dan masih belum lagi disibukkan dengan urusan dunia, maka hargailah masa itu dengan mengerjakan segala perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT dan pada masa yang sama berusaha menghindari segala perkara yang ditegah-Nya.

Pendek kata, jangan habiskan usia muda, masa sihat, masa lapang dan masa senang untuk berseronok-seronok atau hanya berhibur sahaja seperti mana yang banyak berlaku hari ini. Sebagai Muslim, wajib bagi kita menghindari segala macam pesona dan kelazatan duniawi yang sia-sia serta melalaikan. Ia penting bagi mengelak diri daripada dihidapi penyakit cintakan dunia dan takut mati.

Sehubungan itu, nasihat ulama Ibnul Jauzi baik kita jadikan renungan. Katanya: “Terkadang manusia berada dalam keadaan sakit, tetapi dia tidak mempunyai kelapangan waktu di sebabkan kesibukan mengerjakan urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang itu punya masa lapang, namun dia dalam keadaan sakit. Apabila terkumpul pada seseorang waktu lapang dan nikmat sihat, maka sungguh akan datang rasa malas dalam melakukan ketaatan (kepada Allah). Itulah manusia yang telah terpedaya.”

Katanya lagi: “Dunia adalah ladang beramal untuk dituai hasilnya di akhirat. Sesiapa memanfaatkan waktu lapang dan sihat dalam rangka agenda ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya sesiapa mempergunakan kedua-dua nikmat itu dalam kancah kemaksiatan, dialah yang benar-benar telah tertipu. Sesudah waktu lapang, akan datang waktu yang dipenuhi kesibukan. Demikian pula sesudah masa sihat, akan datang pula kesakitan yang tidak menyenangkan.”

 

SIDANG JEMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT,

Diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmizi: “Daripada Abdul Rahman Abi Bakrah dari ayahnya, seorang lelaki betanya: Wahai Rasulullah! Siapakah sebaik-baik manusia? Jawab Rasulullah: Sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umur itu dipergunakan untuk berbuat kebaikan. Lelaki itu bertanya lagi: Siapakah sejahat-jahat manusia? Maka Rasulullah berkata: Sejahat-jahat manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya tetapi digunakannya untuk berbuat kejahatan.”

Oleh itu, bekerjalah kita untuk kehidupan dunia seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi dan beramal ibadatlah kita sebanyak-banyaknya untuk bekalan hari akhirat seolah-olah kita akan mati sebentar lagi. Dengan cara ini, hidup kita akan menjadi lebih bermakna. Kita akan menjadi insan yang hidup tenang di dunia dan akan berbahagia pula di akhirat kelak sejajar firman Allah SWT:

8.png - 13.79 kB

Yang bermaksud: “Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurang balasannya) sedikitpun.” (S. An-Nisaa’: 124).

9.png - 61.61 kB

 

NOTA: Teks khutbah ini mengandungi potongan ayat-ayat al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Mohon jaga dengan cermat dan tidak disepahkan.

 

Sebarang pertanyaan atau maklum balas, sila berhubung dengan: Unit Penerbitan, Bahagian Penyelidikan & Informasi

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Tingkat 4, Blok A, Wisma MUIS

88737, KOTA KINABALU

Tel: 088-522127 / 088-522142

 

Muat turun khutbah

lambaian-kasih.png - 133.97 kB

MTHQK SABAH 2020M

Klik pada banner di atas untuk melihat galeri Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Negeri Sabah tahun 1441H / 2020M.

 

Bilangan Pelawat

423192
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days423192

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila klik pada pautan email ini: @jheains