A- A A+

INFO PUSAT ZAKAT SABAH

zakat.jpg - 114.54 kB

NEWMAALHIJRAH.png - 77.04 kB

maalhijrah.png - 12.46 kB

Anugerah tokoh

PENDAKWAH

 

Anugerah Tokoh Pendakwah ini merupakan anugerah Tertinggi Kerajaan Negeri Sabah sempena sambutan Ma`al Hijrah kepada individu yang telah menyumbang dalam pembangunan dakwah Islamiah di negeri ini. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada sumbangan bakti yang telah dicurahkan.

Objektif

  • Memberi penghargaan kepada sumbangan cemerlang individu dalam perkembangan dan pembangunan dakwah Islamiah di Sabah;
  • Menggalakkan masyarakat Islam Sabah terlibat dalam aktiviti dakwah secara serius, berterusan dan berkesinambungan; dan
  • Melahirkan masyarakat yang sedia berkorban demi menegakkan syiar & syariat Islam sesuai dengan roh Hijrah.

 

Kriteria Pemilihan

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang beragama Islam dan telah bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 10 tahun, berumur 45 tahun ke atas;
    • Penglibatan secara langsung dalam aktiviti sosial, ekonomi dan pendidikan di Sabah yang memberi kesan kepada gerakan dan perkembangan Islam di negeri ini; dan
  • Mempunyai nilai-nilai akhlak yang baik dan terpuji dalam kehidupan bermasyarakat, berkeluarga dan sebagai individu muslim. 

 

CARA PEMILIHAN

  • Semua pencalonan hendaklah mengunakan Borang K-Hijrah: 02;
  • Pemilihan di peringkat Daerah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Peringkat Daerah.
  • Individu yang tidak dicalonkan di peringkat Daerah tidak layak menyertai pencalonan ini. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Peringkat Negeri berhak menentukan calon yang layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Pencalonan hendaklah dihantar kepada Unit Perayaan dan Hari Kebesaran Islam, Bahagian Penyelidikan & Informasi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Tingkat 4, Blok A, Wisma MUIS, Kota Kinabalu bagi pemilihan di peringkat negeri;
  • Penilaian dibuat melalui kajian (research), pengamatan (observation), pengetahuan (knowledge) dan maklumat kerajaan dan awam; dan
  • Pemilihan dan penganugerahan Tokoh Pendakwah dibuat dua (2) tahun sekali dan seorang pemenang sahaja.
  • Tarikh akhir penghantaran borang ialah pada 13 Ogos 2019.

 

Muat turun Syarat Pencalonan

Muat turun Borang Pencalonan Anugerah Tokoh Dakwah

 

 

 

MTHQK SABAH 2020M

Klik pada banner di atas untuk melihat galeri Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Negeri Sabah tahun 1441H / 2020M.

 

Bilangan Pelawat

423191
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days423191

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila klik pada pautan email ini: @jheains