A- A A+

Kaunter Perkhidmatan terletak di Tingkat 9, Blok A, Wisma MUIS Kota Kinabalu

BIL KEPERLUAN
1 Mengisi Borang Permohonan Pengislaman.
2 Menyertakan Surat Akuan Berkanun memeluk islam oleh orang yang akan memeluk Islam (bagi yang berumur 18 tahun ke atas).
3 Menyertakan 4 keping gambar berukuran Mykad, bersongkok bagi lelaki / bertudung bagi perempuan, berlatar belakangkan warna PUTIH (1 Keping untuk daerah, 3 Keping untuk ibu pejabat). Bagi pemohon yang berada di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, pemohon boleh bergambar terus di pejabat Bahagian Dakwah, Tingkat 9, Blok A, Wisma MUIS.
4 Menyertakan Surat Akuan Berkanun kebenaran memeluk Islam yang dibuat oleh Ibubapa / Penjaga pemohon yang akan memeluk Islam (bagi yang berumur 18 tahun ke bawah).
5 Menyertakan salinan Surat Kelahiran / Surat Beranak.
6 Menyertakan salinan Kad Pengenalan / Paspot atau dokumen yang diguna pakai oleh Negara Malaysia.
7 Menghadirkan dua orang saksi yang beragama Islam dan berumur 18 tahun ke atas beserta salinan Kad Pengenalan semasa pengislaman.
8 Menyertakan salinan dokumen perkahwinan, perceraian atau kematian pasangan bagi pemohon yang berstatus BERKAHWIN / JANDA / DUDA atau BALU.

 

Peta Lokasi