A- A A+

1.png - 4.90 MB

2.png - 119.72 kB

MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,
Marilah kita saling berpesan-pesan sesama kita untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh berkat ini menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Tajuk khutbah pada Jumaat ini ialah ”Seruan Islam Pertingkat Ekonomi Ummah”

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,
Islam menyeru umatnya berusaha meningkatkan taraf ekonomi seiring dengan keperluan hidup asalkan tidak terbabas dari landasan syarak. Kegagalan kita menghayati Iman sebagai satu cara hidup yang lengkap adalah salah satu faktor ketidakbolehsaingan kita dalam aspek ekonomi berbanding orang bukan Islam.

Islam bukan semata-mata hanya ibadah Khususiah seperti solat, puasa, zikir, zakat dan haji semata-mata bahkan mencakupi juga perkara Umumiah seperti membina infrasrtuktur, prasarana dan pembangunan untuk kebajikan rakyat. Rasulullah s.a.w. ada bersabda di dalam sebuah hadith yang berbunyi:

“Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang bekerja dan berusaha. Barangsiapa bersusah-payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah ‘azza wajalla.” (HR. Ahmad)

MUSLIMIN YANG BERBAHAGIA,
Ekonomi yang kukuh dan stabil memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita. Ekonomi yang seimbang menyumbang kepada keselesaan hidup di dunia bagi mempersiapkan bekal untuk kita di akhirat kelak. Disamping manfaat kepada kehidupan kita sendiri, islam juga menggariskan ibadah yang boleh meningkatkan pembangunan ekonomi di kalangan masyarakat contoh yang paling jelas adalah seruan kewajipan untuk menunaikan zakat, berwaqaf dan berinfak di jalan Allah. Dengan sumbangan kita kepada golongan yang berhak dan memerlukan ini sedikit sebanyak boleh meningkatkan taraf ekonomi dalam kehidupan mereka. Lebih-lebih lagi pada ketika ini kita berhadapan dengan cabaran ekonomi tatkala dunia berdepan dengan Pandemik Covid-19. Islam sangat menegaskan agar harta-harta di dunia ini diberikan kepada gologan yang berhak keatasnya bagi memudahkan urusannya. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hasyr ayat 7:

3.png - 72.23 kB

Maksudnya: “Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).”

MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN ALLAH,
Adapun golongan yang dibantu itu juga seharusnya berusaha untuk meningkatkan ekonomi diri, jangan hanya berterusan bergantung kepada bantuan daripada orang lain semata-semata. Tanamkan pada diri agar satu hari nanti diri sendiri boleh menyumbang pula kepada agama dan masyarakat dengan mampu membayar zakat dan bersedekah dengan nilai yang tinggi agar dapat membantu golongan yang memerlukan. Dengan perolehan yang tinggi juga boleh membantu dalam urusan ibadah yang lain; contohnya seperti ibadah haji yang memerlukan perbelanjaan yang tertentu untuk melaksanakannya. Justeru, perkara ini memerlukan usaha yang gigih untuk mencapainya. Ingatlah pesan Baginda SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan ia melakukan dengan tekun(memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (HR al-Baihaqi)

Mengakhiri khutbah pada hari ini marilah kita sma-sama merenung firman Allah s.w.t di dalam al-Quran:

4.png - 47.97 kB

Maksudnya: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya) yang melimpah-limpah), dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.” (Surah al-Qasas, ayat 77)

5.png - 74.63 kB

 

 

6.png - 291.89 kB

7.png - 66.60 kB

Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami kesejahteraan, keamanan, keselamatan serta lindungilah kami daripada bala bencana dan wabak penyakit berbahaya khususnya Covid-19.
Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk mematuhi SOP yang disediakan MKN dan KKM bagi membendung penyebaran Covid-19 yang sememangnya telah berada dalam komuniti kami. Sesungguhnya kepadaMu juga tempat kami memohon perlindungan.
Ya Allah, Jadikanlah kami dan daripada keturunan kami orang-orang yang istiqamah mendirikan solat secara berjemaah, menunaikan zakat, mewakafkan harta dan berinfaq pada jalan yang Engkau redhai. Sesungguhnya hanya kepadaMu jua Ya Allah tempat Kami mengadu dan memohon pertolongan.

8.png - 140.95 kB

 

Muat turun khutbah

 

 

 

 

Peta Lokasi