A- A A+

1.png - 721.45 kB

2.png - 36.55 kB

 

Muslimin yang dirahmati Allah sekelian,
Saya berpesan buat diri saya dan sidang jemaah sekalian, agar, marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan mematuhi segala suruhanNya, dan menjauhi segala laranganNya. Moga-moga kita semua beroleh keberkatan hidup di dunia ini dan kebahagiaan abadi di Akhirat kelak.

Ma’asyiral Muslimin rahimakumullah,
Islam merupakan agama sempurna yang memandu kemanusiaan ke arah yang terbaik yakni “Khaira Ummah” dalam segenap ruang lingkup kehidupan. Islam agama yang praktikal, yang sentiasa mengajarkan nilai yang luhur, dan mengajarkan tentang makna tanggungjawab menjaga nilai yang luhur tersebut.

Di dalam sebuah keluarga Muslim misalnya, Islam telah mengggariskan beberapa nilai tanggungjawab yang perlu dihayati serta diamalkan. Adalah penting setiap pasangan ini saling memahami akan tujuan sesebuah perkahwinan agar dapat mencapai kebahagiaan, hidup dalam mawaddah, sakinah dan rahmah Allah SWT.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Antara nilai-nilai terpenting yang perlu ada di dalam sesebuah perkahwinan ialah sifat “Makruf”, yakni berbuat baik.
Allah SWT berfirman di dalam KitabNya yang mulia,

3.png - 3.82 kB

Mafhumnya: “… Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik…” (an-Nisa, ayat 19)

Manakala firman-Nya lagi menerusi surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud: “…Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak);… ”

Kedua-dua ayat suci tersebut menegaskan peripentingnya nilai “Makruf” dalam hubungan suami-isteri. Apakah yang dimaksudkan dengan “Makruf” ini?

Makruf” berasal daripada perkataan عر ف yang bermaksud kebiasaan yang baik; yakni selama mana sesuatu perbuatan itu tidak membawa kepada maksiat, dan diiktiraf baik pula oleh adat sesebuah masyarakat, maka perbuatan itu tergolong daripada perbuatan makruf.

Misalnya, menyediakan air cuci tangan buat suami, yang meskipun tiada “nas” ayat al-Quran atau hadis yang menyatakan perbuatan ini berpahala akan tetapi, ia tidak membawa kepada perbuatan maksiat dan diiktiraf baik oleh masyarakat kita. Justeru perbuatan ringkas seperti itupun dinilai berpahala dan baik dalam Islam.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang diriwayatkan daripada Aswad, beliau berkata: “Daku bertanya kepada Aisyah RA, “Apakah yang SAW buat di rumahnya?” Beliau (Aisyah) menjawab, “Baginda berkhidmat buat keluarganya. Lalu apabila masuk waktu solat, baginda keluar untuk melaksanakan solat.” (HR alBukhari)

Saudara-saudaraku yang dihormati,
Seterusnya nilai yang ditekankan Islam dalam Baitul Muslim ialah menjaga “Keadilan” dan “Karomah Insaniyah” terhadap pasangan. Rasulullah SAW berpesan di dalam Khutbah Wada’ baginda, yang di mana khutbah ini menghimpunkan mesej terpenting dakwah baginda SAW bahkan intipati Islam itu sendiri. Baginda SAW tetap bersabda berkenaan hak wanita dan isteri di dalam Baitul Muslim yang bermaksud:

Layan dan bergaullah dengan wanita dengan cara yang baik. Sesungguhnya mereka itu milik kamu, seakan-akan mereka tidaklah memiliki apapun (kerana berkorban untuk suami dan keluarga). Sesungguhnya kamu telah menikahi mereka dengan amanah daripada Allah, dan kamu menghalalkan hubungan kelamin dengan mereka, dengan firman Allah (yang menghalalkannya). Bertakwalah kepada Allah pada wanita-wanita itu, dan layanlah mereka dengan cara yang baik.

Muslimin yang dirahmati Allah sekelian,
Selain daripada nilai-nilai “Makruf”, “Keadilan” dan “Karomah Insaniyah”, Islam juga telah menggariskan beberapa tanggungjawab yang perlu dilakukan dalam sesebuah keluarga. Antaranya:

Pertama: Tanggungjawab “Zaujiyah” yakni hidup berpasangan yang sah menurut syarak. Ia merupakan fitrah kehidupan manusia yang sewajarnya disedari dan diterima sebaiknya. Melanggar norma “Zaujiyah” ini hanya akan mengakibatkan kerosakan diri seorang untuk berfungsi sebagai manusia normal. Allah SWT berfirman:

5.png - 13.60 kB

Maksud:Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (ar-Rum, ayat 21)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,
Manakala tanggungjawab kedua pula ialah mengamalkan “Syura” yakni saling berbincang untuk mrncapai keputusan terbaik dalam sesuatu perkara. Menghiudupkan amalan “Syura” dalam sesebuah keluarga muslim dapat membantu sesebuah perkahwinan kekal berada di tahap optimal. Kerana intipati amalan “Syura” itu mengandungi unsur komunikasi dua hala serta toleransi antara suami dan isteri. Allah SWT berfirman:

6.png - 3.67 kB

Maksudnya:…dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.….” (Surah Al-Imran, ayat 159)

Sidang hadirin yang dirahmati,
Sebagai kesimpulan, khatib ingin berpesan dan mengingatkan, bagaimana nilai dan tanggungjawab di dalam kehidupan keluarga muslim itu sangat berkaitrapat, yang di mana kegagalan sesebuah perkahwinan itu berpunca daripada kegagalan nilai yang luhur itu untuk dilindungi dengan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan secara bersalingan dalam keluarga muslim ini. Oleh itu, tanggungjawab dan nilai sesebuah perkahwinan yang hakiki, sepertimana diajarkan Islam, perlulah diamalkan dan dihayati, demi perkahwinan yang sakinah, mawaddah dan rahmah.

7.png - 26.21 kB

 

 

8.png - 125.54 kB

Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami kesejahteraan, keamanan, keselamatan serta lindungilah kami daripada bala bencana dan wabak penyakit berbahaya khususnya Covid-19.

Ya Allah! Kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk mematuhi SOP yang disediakan MKN dan KKM bagi membendung penyebaran Covid-19 yang sememangnya telah berada dalam komuniti kami. Sesungguhnya kepadaMu juga tempat kami memohon perlindungan.

Ya Allah, Jadikanlah kami dan daripada keturunan kami orang-orang yang istiqamah mendirikan solat secara berjemaah, menunaikan zakat, mewakafkan harta dan berinfaq pada jalan yang Engkau redhai. Sesungguhnya hanya kepadaMu jua Ya Allah tempat Kami mengadu dan memohon pertolongan.

10.png - 63.05 kB

 

 Muat turun khutbah

Peta Lokasi