A- A A+

1.jpg - 290.57 kB

2.jpg - 88.28 kB

MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,

Mimbar berpesan kepada diri sendiri dan jemaah sekalian, marilah kita mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Laksanakan yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang ditegah. Semoga dengan itu kita akan dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. 

 

HADIRIN JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Pada hari ini kita semua masih lagi berusaha memerangi Pandemik Covid-19 yang kita belum pasti bilakah pengakhirannya. Ujian yang menimpa kita pasti memberi kesan dalam kehidupan, samada kesan dalam amalan agama, kehidupan sosial mahupun pekerjaan seharian. Kita sebagai umat Islam, harus menerima ujian ini dengan keyakinan bahawasanya ia ketentuan dan ujian daripada Allah SWT, hanyasanya kepadaNya kita memohon untuk dijauhkan daripada penyakit ini, disamping kita tidak berputus asa berusaha bersama-sama untuk memeranginya. Ujian berat seperti ini kadangkala membawa kepada sangkaan meleset yang Allah tidak kasih dan belas kepada diri kita. Namun pada saat kita dibuai kesenangan, kita lupa bahawa sebenarnya itu juga ujian Allah SWT bahkan menyebabkan kita hanyut, lalai, dan alpa. 

Mentadabbur firman Allah SWT mengenai perkara ini dalam surah Yunus ayat 12 yang bermaksud: “Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami, sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; Maka setelah Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia kembali dengan cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang yang menimpanya. demikianlah diperelokkan pada pandangan orang yang melampau apa yang mereka lakukan.” 

 

HADIRIN JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Dalam usaha kita bersama memerangi Pandemik ini, kita seharusnya istiqomah dan konsisten dalam melakukannya. Hal ini kerana, keberhasilan itu sudah pasti memerlukan komitmen penuh yang tidak berbelah bagi. Patuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga peka dengan setiap arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dengan izin Allah SWT kita pasti berjaya menanganinya bersama, kerana setiap penyakit itu pasti ada penawarnya. Imam Muslim meriwayatkan daripada Jabir RA bahawa baginda SAW bersabda mafhumnya: 

Daripada Jabir, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda,“Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu serasi digunakan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah Azza wa Jalla.”

 

HADIRIN JEMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT,

Kita sebagai umat Islam yang memiliki keimanan yang teguh serta jati diri yang terpuji hendaklah yakin bahawasanya disebalik kesemua ujian dan mehnah ini ada hikmah yang Allah SWT sembunyikan. Kita sebagai hamba teruskan berusaha sebaiknya dan panjatkan munajat kepadaNya, natijahnya serahkan kepada Allah SWT penguasa sekalian alam. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ankabut 1-3: 3.jpg - 42.98 kB

Maksudnya: “Alif, Laam, Miiim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.”

4.jpg - 58.72 kB

5.jpg - 191.79 kB

6.jpg - 177.09 kB

Muat turun khutbah

Peta Lokasi