A- A A+

1.png - 423.24 kB

2.png - 69.44 kB

SIDANG JAMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada para jamaah sekalian, marilah kita berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintahNya serta menjauhi laranganNya.

 

JAMAAH JUMAAT YANG DIHORMATI,

Alhamdulillah dan syukrulillah kita berada di tahun baharu 1442 hijriyah. Sewajarnya sambutan tahun baharu hijrah perlu mencapai matlamat sebenar dan selari dengan kehendak ajaran Islam. Justeru itu, sambutan yang kita raikan bukan sahaja sekadar memperingati persitiwa hijrah Rasulullah SAW dan sahabat baginda dari Kota Makkah ke Kota Madinah al-munawwarah. Akan tetapi makna hijrah sebenarnya merupakan prinsip hidup yang mendasari kehidupan seharian kita. Ada dua syarat utama bagi melakukan penghijrahan iaitu pertama : Ada sesuatu yang perlu ditinggalkan dan yang Keduanya pula :

Ada sesuatu yang dituju dengan kata lain meninggalkan segala hal yang buruk, negatif atau perkara maksiat menuju kepada yang lebih baik, positif dan mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT. 

 

JAMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT,

Tahun ini sekali lagi kita menyambut tahun baharu hijriyah bertepatan dengan bulan kemerdekaan Negara kita Malaysia . Apalah ertinya sebuah kemerdekaan, jika kita gagal untuk menghijrahkan diri mengorbankan perasaan hasad dengki, dendam dan sifat mazmumah yang lainnya. Apalah ertinya sebuah kemerdekaan jika kita cuma berbangga dengan keunggulan sejarah Islam namun sekadar menjadikannya sebagai koleksi di galeri sejarah. Sedang hakikatnya, kehidupan kita terus suram dari sudut penghayatan ajaran agama yang sebenar . Sudah banyak nilai keperibadian Islam terhakis dilanda badai globalisasi yang mengakibatkan minda dan jiwa generasi kita berkecamuk dan keliru. Lebih parah apabila lahirnya generasi yang terpengaruh dan tersungkur dalam ideologi atau fahaman-fahaman yang merosakkan Islam seperti Liberal, Atheis juga ajaran lain seperti Millah Abraham, Qadiyani dan lain-lain. Hanya dengan melakukan penghijrahan dan kembali kepada nilai-nilai Islam, kita akan memperoleh keberkatan dan pertolongan Allah.

Firman Allah SWT dalam surah al-‘Araf , ayat 96 yang bermaksud:

“Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

 

HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIHORMATI,

Hari ini kita hidup dalam dunia yang sering dipenuhi dengan pelbagai konflik baharu yang mengancam kedaulatan agama Islam dan keselamatan negara. Ancaman ini jika tidak ditangani dengan baik oleh semua lapisan masyarakat, boleh melenyapkan nikmat kemerdekaan yang sedang kita nikmati. Mimbar menyeru marilah kita sama sama bertindak secara proaktif bagi memastikan masa depan ummah lebih cemerlang dengan mengambil usaha-usaha seperti berikut: Pertama:. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa mempertahankan kemerdekaan dan melakukan hijrah adalah suatu tuntutan. Kedua: Umat Islam hendaklah menyedari bahawa perpaduan adalah asas kepada kesatuan ummah. Dan yang Ketiga: Umat Islam hendaklah menyedari bahawa hijrah dan kemerdekaan memerlukan pengorbanan dan jihad yang berterusan. Firman Allah menerusi surah at-Taubah, ayat 20:

3.png - 38.72 kB

Mafhumnya: “(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

4.png - 39.66 kB

7.png - 120.38 kB

8.png - 98.45 kBMuat turun khutbah

Peta Lokasi