A- A A+

notis-penangguhan.png - 114.13 kB

1.png - 387.17 kB

2.png - 76.30 kB

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini diberkati di dunia dan di akhirat.

 

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Keluarga merupakan sebuah institusi sosial yang kecil tetapi mempunyai peranan yang sangat besar. Kita semua mempunyai keluarga tidak kiralah sama ada keluarga itu besar atau kecil. Keluarga yang sejahtera, akan melahirkan masyarakat dan Negara yang makmur. Islam amat menitikberatkan hubungan kekeluargaan sehingga Allah SWT berfirman dalam Surah al-Tahrim ayat 6 seperti yang dibacakan pada awal khutbah tadi yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman!  Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Dalam usaha melahirkan keluarga yang bertakwa dan diredhai Allah, maka para ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorakkan pembentukan keluarga dan menentukan hala tuju yang tepat atas landasan Islam. Peranan ibu-bapalah yang menentukan dan mencorakkan cara hidup anak-anak sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud:

“Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik.” (Hadis riwayat Muslim)

Bagi anak-anak pula, mentaati dan berbuat baik serta berbakti kepada ibu bapa merupakan suatu kewajipan yang mesti ditunaikan. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Israa’ ayat 23:3.png - 45.88 kB

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah!", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

Seterusnya, apabila masing-masing dalam keluarga menjalankan tugas dan peranan masing-masing serta menunaikan hak ahli keluarganya, maka, akan lahirlah sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera.

 

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,

Menjadi tanggungjawab bagi setiap ahli keluarga berusaha bagi memastikan sesebuah keluarga itu bahagia. Kerana itu, setiap ahli keluarga perlu bertindak untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Dalam mendepani musim yang mencabar ini, kita memerlukan kesedaran yang tinggi dalam diri setiap individu untuk memastikan kesihatan diri dan keluarga terjamin dari jangkitan wabak penyakit. Kerajaan telah menetapkan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh setiap rakyat. Peluang keberadaan di rumah sepatutnya kita manfaatkan dengan sebaiknya untuk memupuk hubungan kekeluargaan dan sokongan sosial yang tinggi bagi membantu keluarga terus kekal sejahtera semasa atau pasca PKP.

Tanggungjawab memelihara diri dan keluarga meliputi urusan duniawi dan ukhrawi. Selain membangunkan aspek kerohanian seperti memastikan anak-anak melaksanakan perintah dan meninggalkan perkara yang dilarang dalam agama. Ibu bapa juga perlu memastikan keperluan duniawi seperti makan, minum, kesihatan, dan tempat tinggal ahli keluarganya berada pada kondisi yang baik. Antara kunci utama dalam melahirkan keluarga yang diberkati ialah dengan memelihara solat, membaca al-Quran di samping melaksanakan amalan-amalan lain yang diperintahkan dan menjauhi larangan Allah SWT. Masing-masing perlu bertindak saling menasihati antara satu sama lain. Dalam kesempatan kita duduk di rumah bersama keluarga, marilah kita sama-sama bermunajat kepada Allah SWT agar musibah yang kita lalui ini akan segera berlalu. Sesungguhnya hanya kepada Allah jualah tempat yang selayaknya kita mohon pertolongan. Wujudnya institusi keluarga yang bahagia dan sejahtera akan melahirkan pula masyarakat yang harmoni.

4.png - 90.17 kB

5.png - 360.20 kB

6.png - 326.26 kB

Muat turun khutbah

Bilangan Pelawat

439263
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days439263

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila klik pada pautan email ini: @jheains