A- A A+

notis-penangguhan.png - 114.13 kB

1.png - 89.91 kB

MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

 

HADIRIN JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Baru-baru ini masyarakat dikejutkan dengan insiden kejam penderaan terhadap haiwan. Lantas membuat kita berfikir sejenak; Apa dosa makhluk ini? Bukankah haiwan juga makhluk ciptaan Allah SWT? Islam adalah agama yang mengajak kepada kebaikan melalui keluhuran budi pekerti dan perilaku sopan. Sesungguhnya sebagai ciptaan Allah SWT yang dikurniakan dengan akal yang boleh berfikir dan menentukan baik dan buruk, adalah menjadi kewajipan ke atas kita untuk menyayangi alam sekitar termasuklah haiwan yang turut diciptakan-Nya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang tidak menyayangi maka tidak disayangi (oleh Allah)”. (HR Bukhari)

 

HADIRIN JUMAAT YANG DIMULIAKAN

Muslim yang sejati akan mengamalkan sifat menghormati dan menyayangi haiwan kerana haiwan itu makhluk yang diciptakan oleh-Nya juga disamping mengharapkan keredhaan-Nya. Akhlak Islam yang syumul telah menggariskan panduan adab dengan haiwan seperti berikut:

1. Tidak menyeksanya atau mengurung sehingga mati kelaparan. Mengurung binatang tanpa memberinya makanan atau minuman sehingga ia mati kelaparan adalah dilarang sehingga seseorang itu boleh masuk ke neraka sebagaimana diceritakan dalam suatu peristiwa melalui hadis riwayat al-Bukhari yang bermaksud: “Disiksa seorang perempuan kerana seekor kucing yang telah dikurungnya sehingga mati kelaparan. Dengan sebab itu masuklah perempuan tersebut ke dalam api neraka”.

2. Berlaku baik ketika menyembelih. Allah SWT telah menggariskan panduan yang lengkap semasa penyembelihan bukan sahaja sebagai bukti rahmat-Nya, malahan untuk memastikan haiwan tersebut tidak menderita. Sabda Baginda Rasulullah: “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan terhadap tiap-tiap sesuatu, maka apabila kamu membunuh elokkanlah pembunuhan itu, dan apabila kamu menyembelih maka elokkanlah penyembelihan itu, dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan pisaunya dan hendaklah dia menyelesakan binatang sembelihannya”. (HR Muslim)

3. Diharuskan membunuh haiwan yang berbahaya. Berbalik kepada konsep Maqasid Syariah, apabila haiwan itu boleh mendatangkan bahaya kepada diri kita, adalah harus bagi kita untuk membunuh binatang tersebut. Sabda Baginda Rasulullah yang bermaksud: “Terdapat lima jenis binatang merbahaya yang boleh dibunuh di luar tanah haram atau di dalam tanah haram iaitu ular, gagak, tikus, anjing gila dan helang” (HR Muslim) Allah SWT wujudkan haiwan-haiwan di muka bumi ini semata-mata melengkapkan kelangsungan hidup manusia. Oleh itu, Islam mengecam sekeras-kerasnya penganiayaan serta zalim ke atas haiwan kerana ia menyalahgunakan rahmat Allah SWT.


SAUDARAKU JAMAAH JUMAAT YANG DIHORMATI,

Biarpun haiwan ini hanyalah sebagai pelengkap kehidupan manusia di bumi yang fana ini, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bersifat ihsan terhadap haiwan kerana ianya sebahagian ciptaan Allah SWT. Jati diri seorang muslim dicerminkan bukan sahaja melalui akhlak pergaulannya sesama manusia, tetapi juga apabila ia berhadapan dengan haiwan kerana padanya ada pahala untuk di bawa menghadap Allah yang Maha Esa di akhirat kelak. 

2.png - 21.60 kB

Mafhumnya: “Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan.” (Al-Maidah, ayat 85).

3.png - 54.52 kB

Muat turun khutbah

Bilangan Pelawat

439263
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days439263

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila klik pada pautan email ini: @jheains