A- A A+

notis-penangguhan.png - 114.13 kB

1.png - 76.72 kB

SIDANG JAMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan penuh istiqamah melaksanakan segala perintah dan menjauhi laranganNya. Semoga kehidupan kita sentiasa dilimpahi rahmat dan inayahNya dalam kita menelusuri kehidupan di dunia ini.

 

JAMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI,

Agama Islam menyuruh umatnya menggunakan akal dan kebijaksanaan dalam mengurus kehidupan bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam kita mengatur kehidupan ini, ulama telah menggariskan beberapa panduan dengan meletakkan susunan keutamaan. Keutamaan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada suatu kaedah dalam memahami perkara-perkara yang perlu diberi prioriti dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya yangsebenar. Keutamaan itu juga perlu kepada pertimbangan yang adil meliputi perbuatan, kognitif, hukum hakam serta nilai atau “Akhlaqul Karimah” ( yakni akhlak yang mulia ). Maka sesuatu perkara yang menduduki tangga keutamaan hendaklah didahulukan, kemudian disusuli tahap yang penting, kemudian yang kurang penting serta selanjutnya.

 

SAUDARAKU JAMAAH JUMAAT YANG DIHORMATI,

Dalam menentukan hala tuju kehidupan, keutamaan yang digariskan dalam agama hendaklah menjadi pelengkap kepada Maqasid Syariah yang lima iaitu menjaga agama, menjaga diri (jiwa), menjaga akal, menjaga harta dan menjaga nasab keturunan. Maka tahap keutamaan yang perlu kita laksanakan itu antara lain seperti berikut :

Pertama : Perubahan kaedah pola fikir pada diri seseorang sebelum perubahan dalam kumpulan. Maksudnya disini , perubahan kendiri iaitu perubahan sikap diri seseorang lebih diutamakan dahulu sebelum mencorak kumpulan di sekeliling. Dalam bahasa mudahnya, mulakan dengan diri sendiri dahulu. Rasulullah SAW pernah bersabda yang mafhumnya : “Orang yang bijak adalah orang yang bermuhasabah tentang dirinya (sebelum dihisab pada  hari akhirat kelak) ,dan beramal untuk kehidupan sesudah mati. Sedangkan orang yang  lemah ,adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah SWT“ (HR.at-Tirmizi)

Keduanya ialah membangunkan dakwah dan Tarbiyyah. Perkara yang perlu kita lakukan kepada masyarakat islam saat ini , adalah usaha kearah menyuruh kepada kemaarufan, berakhlak mulia, menjaga maruah dan mencegah kemungkaran. Rasulullah SAW ketika berhadapan dengan kaum musyrikin, baginda telah menerima pelbagai ancaman dan kekerasan. Namun baginda menghadapinya dengan kesabaran dan ketenangan ,kerana yang menjadi keutamaannya ketika itu adalah usaha dakwah dan tarbiyyah.

Dalam perbahasan usaha dakwah dan tarbiyyah ini, pelbagai disiplin kehidupan sejagat perlu diambilkira. Sudut perekonomian misalnya, keutamaan dalam memperkasakan ekonomi diri, keluarga, masyarakat, Negeri dan Negara juga merupakan usaha keagamaan. Islam tidak sekadar persoalan “rabbaniyyah” (yakni ketuhanan), akan tetapi turut merangkumi setiap bidang kehidupan termasuk bidang sains, perekonomian, perubatan dan lain-lain lagi.

 

SIDANG JAMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Marilah kita bersama-sama membina neraca kehidupan dengan meletakkan keutamaan sebagaimana yang diajarkan oleh Islam.. Hidup orang yang berilmu itu ibarat pisau bermata dua. Kedua-dua belah pisau itu tajam. Sekiranya ilmu yang digunakan itu untuk tujuan kebaikan, maka sudah pasti akan menatijahkan keuntungan dan manfaat sejagat. Begitulah  sebaliknya , andaikata digunakan untuk tujuan kejahatan dan kemaksiatan, nescaya mata pisau tersebut akan menikam dan memakan tuannya sendiri.

Untuk itu marilah kita bermohon kepada Allah agar dikurniakan RahmatNya dengan kehidupan yang aman dan sentosa.Mohon dijauhkan daripada perbuatan pelampau yang boleh membawa kepada kerosakan dan kebinasaan. Suburkanlah perpaduan diantara rakyat pelbagai kaum, eratkan hubungan diantara kita. Firman Allah SWT dalam surah al-Isra, ayat 7 :

2.png - 6.80 kB

Yang bermaksud : Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan Yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya Yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.

3.png - 63.25 kB

Muat turun khutbah

Bilangan Pelawat

439259
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days439259

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila klik pada pautan email ini: @jheains