A- A A+

1.jpg - 63.97 kB

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Allah SWT berfirman,

2.jpg - 44.67 kB

HADIRIN JUMAAT YANG DIBERKATI ALLAH SWT,

Kedatangan Syawal pada tahun ini disambut dengan sederhana tidak seperti tahun-tahun sebelumnya kerana hakikatnya kita masih lagi memerangi pandemik Covid-19. Biarpun realitinya kadar kes di Malaysia semakin menurun, janganlah kita alpa dari menjaga kebersihan, penjarakan sosial dan kuarantin diri seperti yang telah digariskan oleh Baginda Rasulullah SAW. Bersama-sama kita memerangi Covid-19.

Melihat kepada jumlah kes Covid-19 di Malaysia serta kekangan ekonomi yang kian terasa, kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei lepas yang menyaksikan hampir seluruh kegiatan ekonomi dimulakan semula.Walaupun hakikatnya ramai berasa gembira kembali semula bekerja setelah lama duduk di rumah, janganlah kita ghairah sehingga terlupa menjaga kesihatan dan penjarakan sosial hingga menjadikan usaha memerangi pandemik ini sia-sia.

Menurut World Health Organization (WHO), selagi vaksin untuk Covid-19 belum ditemui maka kemungkinan berlakunya gelombang kedua masih ada. Lihat sahaja apa yang berlaku di China baru-baru ini, kerajaannya terpaksa menutup salah sebuah bandarnya apabila 41 orang dikesan dijangkiti Covid-19 pada bulan Mei lepas. Mudah-mudahan Malaysia tidak mengalami pengulangan peristiwa yang sama. Aamiiin. Oleh itu, mimbar hari ini ingin mengajak jemaahnya untuk bersedia mengadaptasi Norma Baharu Pasca Covid-19 dalam kehidupan seharian kita sebagai langkah 3 keselamatan bukan sahaja untuk diri kita, tetapi demi keluarga, rakan taulan dan masyarakat secara amnya.

 

HADIRIN JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT,

Kembalilah semula ke ajaran Islam. Sesungguhnya Islam itu bersifat menyeluruh termasuk mengajar umatnya mengenai adab termasuk ketika berhadapan dengan pandemik yang kita alami sekarang. Antaranya:

  1. Menutup muka ketika bersin dengan suara yang rendah seraya mengucapkan ‘Alhamdulillah’. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa apabila Nabi SAW bersin, Baginda menutup wajah dengan tangan atau kainnya bagi merendahkan suara. (HR Ahmad dan Tirmidzi). Ucapan ‘Alhamdulillah’ yang diungkapkan setelah bersin adalah sebagai kesyukuran kerana ia mengeluarkan sebarang kuman dan virus yang cuba memasuki tubuh badan lantas menyebabkan masalah kesihatan. Malahan pemakaian kain menutup muka semasa batuk atau bersin pula untuk memastikan kuman dan virus yang dikeluarkan sesudah bersin itu tidak menjangkiti masyarakat sekeliling.
  2. Membuang sebarang tisu atau kain penutup muka dengan segera sesudah bersin atau batuk ke dalam tong sampah atau tempat pelupusan untuk mengelakkan persekitaran menjadi kotor serta wabak penyakit kembali menular di kalangan masyarakat.
  3. Mengelakkan persentuhan seperti berjabat tangan atau berpelukan. Imam al-Qurtubi meriwayatkan bahawa ketika Baginda menerima kunjungan dari Taif, Rasulullah tidak bersalaman antara mereka dan hanya menerima janji setia sahaja. Hal ini kerana salah seorang ahli kumpulan itu dijangkiti penyakit kusta, dan Rasulullah ingin mengelakkan beliau dan sahabat-sahabatnya dijangkiti juga.
  4. Kuarantin diri sendiri dan elakkan keluar berjumpa orang ramai sekiranya dijangkiti penyakit. Usaha memutuskan rangkaian Covid-19 pada ketika ini melihat kerajaan Malaysia mengarahkan seluruh rakyatnya berkurung dalam rumah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebenarnya hal yang sama juga pernah dilakukan ketika zaman Rasulullah SAW. Pada ketika itu wabak taun dan kusta melanda, oleh itu 4 pesakit dikehendaki untuk menjalani kuarantin dan dilarang keluar walau ke masjid untuk menghentikan penularan wabak itu.

 

HADIRIN JUMAAT RAHIMAKUMULLAH,

Peranan adab dan disiplin diri menjadi pemangkin utama dalam memastikan penularan wabak berbahaya seperti Covid-19 berjaya dihapuskan. Mengutamakan kebersihan di samping menghormati sesama masyarakat menjadi tembok ampuh untuk memastikan penularan sebarang penyakit dapat dihentikan sebelum ia menjadi serius dengan kerjasama sesama insan. Sekiranya terjangkit dan perlu menjalani kuarantin, banyakkan bersabar dan percaya segala apa yang terjadi pastinya ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya kemuliaan adab dan akhlak menjadi matlamat Nabi Muhammad SAW diutuskan kepada dunia seperti sabda Baginda yang bermaksud:

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”. (HR Muslim)

4.jpg - 100.47 kBMuat turun khutbah

Bilangan Pelawat

427578
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days427578

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila klik pada pautan email ini: @jheains