A- A A+

corona1.png - 77.10 kB

Laman Sosial Rasmi

FACEBOOK2.jpg - 61.52 kB

1.png - 23.10 kB2.png - 85.54 kB

 

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan menjunjung segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudah dengan berbuat demikian, kehidupan kita sentiasa di bawah lindungan dan beroleh rahmat-Nya yang amat luas. 

 

JEMAAH JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Kini, kita berada di ambang penghujung bulan Ramadhan. Dalam beberapa hari lagi bulan Syawal pula mengunjung tiba. Terasa begitu cepat masa berlalu. Kehadiran Ramadhan selalu ditunggu-tunggu dan ketibaannya sentiasa diharap untuk berlangsung dengan lama kerana dengannya datang pelbagai nikmat dan rahmat dari Allah SWT. Ketibaan masa untuk berpisah dengan bulan yang istimewa ini sesungguhnya meruntun jiwa orang yang beriman kerana tidak pasti adakah mereka akan bertemu lagi. Biarpun begitu, dengan beberapa hari yang masih ada marilah kita mengambil kesempatan meningkatkan amalan soleh untuk persiapan bekalan akhirat kelak.

Sesungguhnya umat Islam yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa merindui bulan Ramadan.Bagaimanapun Islam menganjurkan umatnya supaya terus istiqamah dengan amal ibadah dan amal soleh yang disukai dan diperintah oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Sesungguhnya amal ibadah serta amal soleh itu akan memberatkan timbangan amal kita di akhirat kelak. Mudah-mudahan semua amal ibadah dan amal soleh yang kita lakukan itu benar-benar ikhlas kerana Allah Ta’ala semata-mata.

Marilah kita kekalkan semangat beramal ibadah dan beramal soleh di sepanjang bulan Ramadan agar terus konsisten sepanjang tahun dengan mengikuti ketentuan ajaran dan Syariat Islam yang syumul mencakup semua aspek kehidupan manusia duniawi dan ukhrawi. Ingatlah, ikhlas dalam beramal ibadah dan melakukan amal-amal soleh adalah syarat utama diterima serta puncak amal bagi seorang hamba di sisi Allah SWT.

 

JEMAAH JUMAAT BERIMAN SEKALIAN,

Semangat Ramadan dalam amal-amal sunat hendaklah menjadi amalan yang berterusan dalam kehidupan seharian umat Islam. Kerana amalan-amalan sunat sedemikian banyak 2kelebihan dan kesannya dalam membina sahsiah yang mulia, rohani dan jiwa yang tenang, jasmani atau tubuh badan yang sihat dan sebagainya. Antara amalan-amalan itu, ialah:

  1. Amalan zikir sangat berkesan dalam memberikan ketenangan jiwa
  2. Amalan beristighfar juga mempunyai banyak fadilat dan kelebihan dalam kehidupan umat Islam berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. (Surah Ali ‘Imran, ayat 135)
  1. Solat Sunat Tahajjud
  2. Puasa 3 hari setiap bulan, Solat Dhuha dan Solat Sunat Witir, berdasarkan sabda Rasulullah SAW dari Abu Hurairah RA, dia berkata (yang bermaksud): “Kekasihku (Rasulullah SAW) telah berwasiat kepada ku tentang tiga perkara agar jangan aku tinggalkan hingga mati: Puasa tiga hari setiap bulan, Solat Dhuha dan tidur dalam keadaan sudah melakukan Solat Witir”. (HR Imam Bukhari dan Muslim)
  1. Membaca Al-Quran. Al-Quran itu adalah petunjuk sepanjang zaman, maka dengan semangat Ramadan ramai umat Islam berjaya mengkhatamkan Al-Quran beberapa kali, semangat ini wajar diteruskan, malah terus berusaha memahami serta mengamalkan ajaran Al-Quran, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”. (HR Imam Al-Bukhari, Abu Daud dan At-Tirmizi)
  1. Dan lain-lain lagi solat-solat sunat, amalan beriktikaf di masjid, berzakat dan sebagainya.

Mudah-mudahan kita semua terdorong untuk terus istiqamah beramal ibadat dan melakukan sebanyak-banyak amal-amal soleh yang lain bagi menambahkan berat timbangan amal soleh kita di akhirat kelak.

 

JEMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT

Bulan Ramadan juga benar-benar berkesan dalam mendidik umat Islam dalam amalan bersedekah dan kebajikan. Sungguh luar biasa sikap umat Islam sepanjang Ramadan di seluruh dunia dengan memperlihat betapa pemurah, dermawan dan ringan tulang umat Islam untuk menghulurkan segala bentuk bantuan, pertolongan dan kerjasama sesama umat Islam. Sesungguhnya amalan dan nilai ihsan sedemikian sewajarnya dikekalkan dan diteruskan dalam kehidupan umat Islam sepanjang masa. Melakukan kebaikan dalam Islam bukan terbatas mengikut musim-musim tertentu, sebaliknya Islam menganjurkan umat Islam supaya terus istiqamah melakukan amal-amal soleh seperti amalan bersedekah, menolong sesama saudara seagama yang susah dan seumpamanya.

 

JEMAAH JUMAAT YANG BERBAHAGIA,

Demikianlah, indahnya kehidupan umat Islam yang beriman dan beramal soleh sepanjang hayat tanpa jemu dan bosan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan berterusan sabar menahan diri dari melakukan segala yang dilarang Allah SWT. Beruntung dan berbahagialah umat yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh dengan istiqamah, moga kita, anak isteri/suami, ahli keluarga dan seluruh umat Islam termasuk daalam kalangan umat yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh, firman Allah SWT:

3.png - 20.60 kB

Maksudnya: “Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya”. (Surah Ar-Ra’d, ayat 29).

 

4.png - 40.28 kB

*** 
Disediakan dan diedar oleh: 
Unit Penerbitan
Bahagian Penyelidikan dan Informasi 
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah 



NOTA: Teks khutbah ini mengandungi potongan ayat-ayat al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Mohon jaga dengan cermat dan tidak disepahkan.

Untuk sebarang maklum balas, sila berhubung dengan: 
Unit Penerbitan, Bahagian Penyelidikan dan Informasi, 
Jabatan Hak Ehwal Agama Islam Negeri Sabah 
088-522127/088-522142

 

Muat turun khutbah

 

Bilangan Pelawat

426066
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days426066

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila klik pada pautan email ini: @jheains