A- A A+

 

Majlis Penghargaan Perkhidmatan
Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

 

 

 

Majlis penghargaan Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan yang diadakan di Hotel Hyatt Kota Kinabalu pada 26 Disember 2018 bagi menghargai jasa dan bakti perkhidmatan Mantan Pengarah JHEAINS, Datuk Haji Yusof Bin Abbas yang berkhidmat di jabatan ini bermula pada tahun 2016 sehingga Ogos 2018. Selain itu, turut di raihkan Puan Hajah Sharifah Hasnih Binti Sh. Along, Penolong Pegawai Tadbir yang dinaikkan pangkat berpindah ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) dan juga Encik Sarin Bin Tani yang turut dinaikkan pangkat berpindah ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah. Didoakan kejayaan dan kecemerlangan dalam perkhidmatan di fasa yang baru. Selamat bertugas diucapkan.

Peta Lokasi