A- A A+
PENGUMUMAN TERKINI :

JHEAINSUTC.png - 44.49 kB

Khutbah Jumaat Mingguan

Sudut Hadis

tawakalburung.png - 433.66 kB

Buletin Soutul Islam

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?

Pengarah JHEAINS

tahniah-pengarah.jpg - 4.13 MB

Pekeliling JHEAINS

PTA.png - 139.27 kB

Aplikasi E-Perkhidmatan

free accordion joomla menu

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Islam amat memuliakan insan yang bergelar IBU dan BAPA. Memuliakan ibu atau bapa, bukanlah dengan memberi harta yang berlimpah ruah tetapi dengan akhlak yang baik dari anak-anak. Ini adalah antara ciri-ciri orang beriman yang dicintai oleh Allah SWT. Atas kemuliaan dan ketinggian kedudukan ibu dan bapa di dalam agama, maka Allah SWT mewajibkan kita berlaku ihsan kepada kedua-duanya. Firman Allah SWT dalam Surah An Nisa ayat 36:

Maksudnya: “Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa….”

Para pentafsir al-Quran menjelaskan bahawa maksud berbuat baik kepada ibubapa ialah kita berusaha mencari keredhaan dan menggembirakan hati kedua-duanya. Keredhaan Allah SWT adalah bergantung kepada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan ibubapa menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Oleh itu, jelas sekali bahawa menjadi kewajiban seorang anak untuk memuliakan dan memastikan keperluan ibu bapanya di penuhi sebaik mungkin sama ada fizikal, mental dan emosi supaya mereka berada dalam situasi bahagia dan sejahtera.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Anak-anak yang mengasihi ibu bapa mereka akan sentiasa memelihara akhlak dan sahsiah diri menuju jalan kemuliaan. Antara sikap mulia anak-anak kepada ibubapa adalah berlemah lembut, berbudi bahasa, tidak derhaka dan sentiasa ingat pengorbanan mereka. Bahkan ini adalah elemen penting dalam pemupukan nilai-nilai dalam berkeluarga dan merupakan suatu tuntutan dalam hidup beragama terutamanya apabila mereka mencapai usia emas.

Setidak-tidaknya ada lima Nilai Teras Keluarga Bahagia berkonsepkan KASIH iaitu Kasih Sayang, Berakhlak, Sihat, Selamat, Berilmu dan Harmoni yang boleh diamalkan. Namun, jika elemen nilai ini diketepikan maka terjadilah kes anak yang berjaya dalam hidup, punya nama, pangkat dan harta tetapi gagal menyantuni ibubapanya. Lebih memilukan, ia mendatangkan tekanan emosi yang teruk kepada ibubapa sehingga menjejaskan tahap kesihatan mereka.

Apa yang membimbangkan, ada di kalangan mereka yang tinggal berseorangan ataupun bersama pasangan mengalami rasa kesunyian dan rendah tahap interaksinya dengan ahli keluarga. Oleh itu, situasi ini perlu diberi perhatian serius oleh anak-anak kerana ia mungkin memberi kesan kepada kestabilan emosi, kesihatan dan ekonomi ibu dan bapa kita.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Ketika ini, masih ada lagi masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab kepada ibubapa mereka. Bahkan masih ada juga yang tidak mempedulikan nasib ibubapa dan kurang prihatin terhadap kesusahan ibubapa mereka. Ingatlah, bahawa mereka sudah terlalu banyak berkorban dan berjasa dalam membesarkan kita. Justeru, menghayati pengorbanan mereka dalam tempoh sehari adalah tidak memadai. Bahkan kita dituntut mengenang jasa mereka dengan kasih sayang sepanjang hayat kita. Firman Allah SWT dalam Surah al- Ahqaf ayat 15:

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.”

Sememangnya cabaran menjaga ibubapa yang telah lanjut usia adalah berat. Namun, jika kita sabar dan ikhlas melayan mereka nescaya sudah tentulah kebaikan juga yang dibalas oleh Allah SWT. Yakinlah, bagi balasan baik Allah SWT telah menjanjikan kebaikan yang tidak terkira terhadap ketaatan dan amal bakti yang dicurahkan oleh seorang anak kepada ibu bapanya.

Sebagai anak, kita bertanggungjawab memuliakan ibubapa dengan mentaati mereka, menggembirakan mereka, bersyukur dan menghargai mereka dan sentiasa mengucapkan terima kasih kepada mereka. Dengan amalan mulia ini, Allah SWT memberkati rezeki dan umur kita, menghapuskan dosa dan menjadi jaminan untuk kita memasuki syurga.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:

“Sungguh hina, Sungguh hina, Sungguh hina”. Lalu baginda SAW ditanya: “Siapakah Ya Rasulullah?” jawab baginda SAW: “Sesiapa yang mendapati kedua ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripada keduanya, tetapi dia tidak dapat masuk ke syurga (dengan memelihara mereka sebaik-baiknya).

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Pada hari yang mulia ini, saya menyeru sidang jemaah sekalian, marilah kita berpesan-pesan kepada diri kita dan anak-anak agar sentiasa peka terhadap apa jua cabaran dan perubahan ibubapa terutamanya insan yang bernama ibu. Sememangnya, pengorbanan ibu itu tidak ternilai dan wajar dibalas dengan penghormatan dan keperihatinan yang ikhlas daripada seorang anak yang pernah berada dalam rahimnya.

Andai ibu masih bersama kita, puas dan bahagiakanlah mereka dengan kasih sayang kita. Sebaliknya, jika telah tiada maka bekalkanlah ibu dengan doa dari kita anak yang soleh. Mudah-mudahan kita beroleh rahmat Allah SWT di dunia dan di akhirat. Bagi mengakhiri khutbah pada hari ini, saya ingin menyeru sidang Jumaat sekalian untuk sama-sama menghayati intipati khutbah yang telah disampaikan iaitu:

Pertama: Mentaati dan mematuhi kedua ibubapa melebihi segala-galanya selagi mana mereka tidak menderhakai Allah SWT.

Kedua: Mengutamakan kasih sayang terhadap ibubapa dengan menghormati dan membalas jasa mereka.

Ketiga: Umat Islam dilarang menyakiti hati ibubapa kerana ia termasuk dosa besar dan balasannya sangat berat di sisi Allah SWT.

Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Dengan-Ku dengan sesuatu yang tidak engkau ketahui tentangnya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.” (Surah Al ‘Ankabut : 8)

Muat turun khutbah

 

 

 

Berita JHEAINS

Bilangan Pelawat

309870
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days309870

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains