Salah satu daripada bahagian yang ada di dalam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah. Tugas utama bahagian ini ialah mentadbir-urus hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan fizikal yang dijalankan oleh Jabatan ini. Ketua Penolong Pengarah bahagian ini ialah Tuan Awang Asnawi Bin Jaafar.
Fungsi-fungsi yang dijalankan di bahagian ini ialah:
1. PENGURUSAN PROJEK TIDAK MELIBATKAN TEKNIKAL
2. MENGURUS PENDAFTARAN KONTRAKTOR-KONTRAKTOR YANG BERURUSAN DENGAN JHEAINS
3. MENYEDIAKAN PERINCIAN PROJEK DAN LAPORAN TEKNIKAL
4. MEMBUAT PEMERIKSAAN PROJEK-PROJEK UNTUK PENGESAHAN KESEMPURNAAN ATAU SIAP
5. MENYENARAIKAN SEMUA MASJID, SURAU, SEKOLAH AGAMA ISLAM DI SABAH
6. MENGURUS UNTUK MENDAPATKAN PERKHIDMATAN JURUPERUNDING