A- A A+

NEWMAALHIJRAH.png - 77.04 kB

maalhijrah.png - 12.46 kB

Anugerah

FATIMAH AZ-ZAHRA

 

Muqadimah
 
Anugerah Fatimah Az-Zahra ini merupakan anugerah Tertinggi Kerajaan Negeri Sabah sempena sambutan Ma`al Hijrah kepada para beliawanis yang telah menyumbang dalam pembangunan beliawanis dan dakwah Islamiah di negeri ini. Anugerah ini merupakan pengiktirafan kepada sumbangan bakti yang telah dicurahkan.
 
Objektif

  • Memberi penghargaan kepada sumbangan cemerlang para beliawanis dalam perkembangan dan pembangunan dakwah Islamiah di Sabah;
  • Menggalakkan para beliawanis terlibat dalam aktiviti dakwah secara serius, berterusan dan berkesinambungan; dan
  • Melahirkan para beliawanis yang sedia berkorban demi menegakkan syiar dan syariat Islam sesuai dengan roh Hijrah.

 
Kriteria Pemilihan 

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang beragama Islam dan telah bermastautin di Negeri Sabah lebih dari 10 tahun, berumur 18 tahun hingga 40 tahun dan beragama Islam; 
  • Penglibatan dan sumbangan dalam aktiviti dakwah Islamiah dan kemasyarakatan di Sabah yang memberi kesan kepada gerakan dan perkembangan Islam di negeri ini; dan
  • Mempunyai nilai-nilai akhlak yang baik dan terpuji dalam kehidupan bermasyarakat, berkeluarga dan sebagai individu muslimah.
     

Cara Pemilihan

  • Semua pencalonan hendaklah mengunakan Borang K-Hijrah: 06;
  • Pemilihan di peringkat Daerah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Peringkat Daerah. Individu yang tidak dicalonkan di peringkat Daerah tidak layak menyertai pencalonan ini. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Peringkat Negeri berhak menentukan calon yang layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Pencalonan hendaklah dihantar kepada Unit Perayaan dan Hari Kebesaran Islam, Bahagian Penyelidikan & Informasi, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Tingkat 4, Blok A, Wisma MUIS, Kota Kinabalu bagi pemilihan di peringkat negeri;
  • Penilaian dibuat melalui kajian (research), pengamatan (observation), pengetahuan (knowledge) dan maklumat kerajaan dan awam; dan
  • Pemilihan dan penganugerahan Fatimah Az-Zahra dibuat satu (1) tahun sekali dan seorang pemenang sahaja.
  • Tarikh akhir penghantaran borang ialah pada 13 Ogos 2019.

 

Muat Turun Syarat Pencalonan

Muat Turun Borang Pencalonan Anugerah Fatimah Az-Zahra

Bilangan Pelawat

246580
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days246580

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains