A- A A+

Sukan MUJAS 2019

mujas-2019-headline-2.jpg - 462.08 kB

 

Buletin Soutul Islam

Adakah infomasi di dalam Laman Web ini memenuhi keperluan anda?
  • Kota Kinabalu,Ranau,Kota Belud,Tuaran,Penampang,Papar,Putatan,Bahagian Pantai Barat
  • 22/10/2019
  • Imsak 04:34:00
  • Subuh 04:44:00
  • Syuruk 06:01:00
  • Zohor 12:02:00
  • Asar 15:21:00
  • Maghrib 18:00:00
  • Isyak 19:10:00

Pengarah JHEAINS

tahniah-pengarah.jpg - 4.13 MB

Majlis Menghafaz Al-Quran

itqasMTQ.jpg - 51.97 kB

#MTQSabah2019

Aplikasi E-Perkhidmatan

MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,
Puji dan syukur kita panjatkan kehadrat Allah SWT di atas nikmat yang telah diberikan kepada kita semua, sehingga dengan rahmat dan kurnia itu kita masih dapat melaksanakan berbagai kewajipan kita, iaitu melaksanakan solat Jumaat di Masjid yang mulia ini.Salawat dan salam dicurahkan ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW beserta para keluarga, sahabat dan semua orang yang mengikutnya hingga hari kiamat.Seterusnya marilah kita tingkatkan takwa kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, yakni dengan menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

HADIRIN JAMAAH JUMAAT SEKALIAN,
 
Pada bulan Zulhijjah, setiap kaum Muslimin melaksanakan ibadah khusus, iaitu melaksanakan ibadah korban atau menyembelih haiwan korban. Ibadah korban sangatlah digalakkan dan dianjurkan dalam ajaran Islam sebagai bentuk ketaatan kepada Allah SWT dan untuk menyebarkan rahmat Allah kepada sesama manusia agar yang mampu dapat memberi kepada yang tidak mampu, sehingga yang tidak mampu juga
dapat merasakan manfaat dari keberadaan orang diberikan kemampuan oleh Allah SWT.
 
Berkorban merupakan perintah Allah SWT disamping ibadah-ibadah lainnya, sebagaimana Firman-Nya:
 
Yang bermaksud:“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak, maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus”. 
 
(Surah Al-Kauthar ayat 1-3).
 
Berkorban bukanlah hal yang baharu dalam sejarah umat manusia, bahkan sejak zaman Nabi Adam A.S., manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT pun sudah ada pelaksanaan korban, sebagaimana dikisahkan di dalam Al-Qur’an:
 
 
 
Yang bermaksud: ”Dan bacakanlah (Wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) Yang berlaku Dengan sebenarnya, Iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari Yang lain (Qabil). berkata (Qabil):" Sesungguhnya Aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang Yang bertaqwa”.
 
(Surah Al-Maidah: Ayat 27).
 
Dalam kisah tersebut dijelaskan dua orang anak, sama-sama mempersembahkan korban, namun hanya korban dari Habil yang diterima, sedangkan korban dari Qabil tidak diterima, Mengapa terjadi demikian? Kerana ternyata tidak semua korban diterima pengorbanannya oleh Allah SWT, melainkan hanya korban yang dipersembahkan dengan ikhlas sahaja yang diterima pengorbanannya. Sesungguhnya Allah SWT hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa.
 
HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,
 
Ajaran korban adalah gambaran dari sebuah keluarga hamba pilihan yang sangat taat akan perintah Allah SWT. Seorang ayah yang taat kepada Allah, seorang ibu yang taat kepada suami dan seorang anak yang juga sangat taat kepada kedua orang tuanya, yang ketaatan itu mereka yakini sebagai melaksanakan perintah Allah SWT. Itulah keluarga Ibrahim A.S.. Keluarga yang sentiasa bekerjasama berganding bahu dalam melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah SWT, keluarga yang sentiasa siap berkorban dijalan Allah SWT. Sebagaimana yang dikisahkan dalam Al-Qur’an:
 
 
Yang bermaksud: “ Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang Yang sabar”.
 
(Surah Ash-Shaffat: Ayat 102)
 
Begitu mulia dan luhurnya ketaatan Nabi Ibrahim A.S., yang telah rela berkorban, bahkan anaknya sekalipun, seorang anak yang ia dambakan kehadirannya setelah sekian tahun tidak diberikan keturunan, anak umpama permata yang menyinari hidup.Atas ujian ketaatan tersebut, terbukti Ibrahim dan Ismail taat, maka Allah SWT memberikan balasan berupa tebusan sembelihan yang besar. Kemudian Allah abadikan kisah Ibrahim A.S. untuk menjadi contoh dan disyariatkan dalam ajaraan Islam, iaitu menyembelih binatang ternak. Demikian pentingnya ajaran ini sehingga Rasulullah SAW bersabda:
 
 
 
 
Yang bermaksud:” Barangsiapa memiliki keluasan rezeki, kemudian tidak mahu berkorban, maka tidak usahlah ia mendekati musollaku ini"
 
(HR: Imam Ahmad dan Al Hakim)
 
HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT,
 
Mengapa korban binatang ternak?Barangkali itulah yang ada dibenak kita. Itulah simbol dan isyarat yang penuh dengan makna, yang seharusnya dapat dipetik hikmahnya oleh umat Muhammad SAW. Ibadah korban adalah simbol ibadah haji. Simbol sebagai pesanan moral secara khusus dari Allah SWT, Zat yang Maha Pencipta kepada umat manusia seluruhnya.
 
Menyembelih bukan bererti mematikan jiwa, kerana jiwa tidak mati. Menyembelih bererti mengalih jiwa ke alam ruhaniah, sehingga jiwa bebas dari ikatan jasad. Firman allah SWT:
 
 
Yang bermaksud:[start italic] ”Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi Yang sampai kepadanya ialah amal Yang ikhlas Yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan Yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang Yang berusaha supaya baik amalnya”.[end italic]
 
(Surah Al-Hajj: Ayat 37)

HADIRIN JAMAAH JUMAAT SEKALIAN,
 
Demikianlah khutbah Jumaat pada hari ini semoga sidang Jamaah sekalian dapat menterjemah erti sebenar apa itu korban? Mengorbankan harta, waktu, tenaga dan fikiran demi kemaslahatan umat dan yang lebih penting lagi ialah mentaati perintah Allah SWT.

)3 ةيلاا ىلإ 1 ةيلآا نم :رصعلا ةروس)
 
 
 
 

Bilangan Pelawat

195148
TodayToday1
YesterdayYesterday0
This WeekThis Week1
This MonthThis Month1
All daysAll days195148

Peta Lokasi

 

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 233 573 / 088 - 248 324

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan laman web ini, sila klik pada link email dibawah:

webmaster@jheains