A- A A+

Khutbah (19 April 2019)

Untitled.png - 75.01 kB

Shoutul Islam

Buletin Shoutul Islam Edisi 9/2019

Buletin Shoutul Islam Edisi 10/2019

h.gif - 10.68 kB

Buletin Shoutul Islam Edisi 11/2019

i.gif - 10.22 kB

Buletin Shoutul Islam Edisi 12/2019

Bagaimana dengan perkhidmatan kami?

Pengarah JHEAINS

HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan ini mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

 

HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

Alhamdulillah, kita telah masuk ke dalam bulan Muharram, menandakan masuknya tahun baharu Hijrah. Marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, yang telah memberikan nikmat-Nya kepada kita semua iaitu dengan menggunakan nikmat itu ke jalan yang diredhai-Nya dan bersyukur atas nikmat-Nya, barangsiapa  bersyukur, nescaya Allah SWT akan menambah nikmat itu. Sebagaimana dalam Surah Ibrahim, ayat 7 Allah SWT berfirman;

Maksudnya “Dan (ingatlah juga), tatkala tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka sesungguhnya azab–Ku sangat pedih.”

 

Sebagai usaha dan upaya kita dalam meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, maka melalui datangnya Tahun Baharu Hijriyyah ini, marilah kita mengimbas dan melihat sejarah masa silam, masa perjuangan Nabi SAW dan para sahabat baginda ketika menegakkan agama Allah SWT. Kisah perjalanan hijrah Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah bersama beberapa orang sahabat mencatatkan banyak hikmah dan pengajaran sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat. Sebagai orang yang beriman kita wajib mengambil iktibar dari peristiwa ini. Kesusahan dan kepayahan yang dilalui oleh Rasulullah SAW bersama rombongan Muhajirin begitu sukar untuk digambarkan.

 

HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIMULIAKAN ALLAH SWT,

Peristiwa hijrah akan tetap relevan dikaitkan dengan konteks ruang dan waktu sekarang ataupun pada masa akan datang. Nilai-nilai yang terkandung dalam peristiwa hijrah itu tetap sesuai dijadikan rujukan kehidupan. Atas dasar iman, para sahabat Radhiallahu Anhum sanggup meninggalkan kampung halaman, meninggalkan harta benda mereka rela berpisah dengan orang yang dicintainya semata-mata memenuhi perintah Allah SWT. Peristiwa hijrah juga menjadi pemangkin kepada kita untuk melaksanakan sesuatu ibadah itu dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah Azza wa Jalla. Hadis berkenaan ikhlas atau niat juga bertitik tolak daripada peristiwa hijrah. Sebagaimana hadis sahih yang diriwayatkan daripada Saidina Umar ibn al-Khattab:

Mafhumnya: “Setiap amalan perbuatan itu bergantung niatnya dan bagi setiap orang mendapatkan apa yang diniatkan. Barangsiapa yang niat berhijrah kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya pada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang niat hijrahnya untuk mendapatkan dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sesuai apa yang dia niatkan” (Hadis riwayat al- Bukhari).

 

HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Dalam kehidupan kita hari ini, pelbagai bentuk ujian dan cabaran yang menanti di setiap perjalanan kita. Ingatlah bahawa sesungguhnya ujian dan cabaran-cabaran itu tidaklah dapat sebanding dengan ujian-ujian yang telah dilalui oleh Rasulullah SAW dan orang-orang terdahulu. Allah SWT tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman hidup di atas dunia ini tanpa diuji. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ankabut ayat 2:

Maksudnya: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”

 

Dunia inilah tempat kita menyerahkan ketaatan kepada Allah SWT. Maka pastinya akan banyak halangan dalam diri kita melaksanakan sesuatu ibadah. Ulama menyenaraikan bahawa terdapat empat halangan bagi manusia untuk bermujahadah di atas dunia ini iaitu; dunia, manusia, nafsu dan syaitan. Berpenatlah sementara di dunia kerana kehidupan ini tidak kekal. Akhirat jua sebenar-benar kehidupan yang kekal dan semestinya kita lebih mengharapkan kebahagiaan hidup di akhirat.

 

HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT,

Mengambil hikmah dari peristiwa hijrah juga, kita hendaknya melakukan hijrah diri kepada akhlak yang lebih baik. Realiti hari ini menyaksikan bahawa sebahagian umat Islam, terutamanya, dari kalangan generasi muda semakin luntur akhlak dan adab mereka. Sebahagian manusia juga semakin meninggalkan kehidupan beragama dalam diri mereka sedangkan Islam jualah yang akan memandu mereka kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Al-Quran dan al-Sunnah semakin ditinggalkan bahkan sebahagian yang lainnya mempersendakan dan mempertikaikan al-Quran dan al-Sunnah semata-mata kerana terlalu menurut hawa nafsu mereka. Inilah fitnah akhir zaman yang menjadi kebimbangan kita semua. Kita semua bertanggungjawab dalam memperbetulkan keadaan ini. Laksanakanlah kehidupan beragama menurut al-Quran dan al-Sunnah sepertimana yang telah dipimpin oleh Rasulullah SAW. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW kepada kita melalui hadis berikut,

Mafhumnya: “Aku telah meninggalkan pada kamu sekalian dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu : Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Nabi-Nya SAW” (Hadis riwayat Imam Malik).

 

SIDANG JEMAAH YANG DIMULIAKAN,

Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin memetik beberapa hikmah yang boleh dijadikan pengajaran kepada sidang Jamaah sekalian:

  1. Persitiwa hijrah mengajar kepada kita bahawa tiap-tiap orang yang beriman itu akan sentiasa diuji berdasarkan kepada tahap keimanan masing-masing.
  2. Betapa kita perlu sentiasa memerhatikan niat dengan teliti dalam melakukan sesuatu perbuatan.
  3. Tiap-tiap orang Islam bertanggungjawab dalam memperbetulkan keadaan akhlak umat Islam yang semakin lama semakin pincang ini.

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang beriman, dan orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang yang mengharap akan rahmat Allah. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Baqarah ayat 218).

Bilangan Pelawat

Today
Yesterday
This Week
This Month
All days
33
864
1870
18661
75041

Peta Lokasi

Alamat Perhubungan

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Tingkat 3, 9 dan 10, Blok A, Wisma MUIS, Beg Berkunci 103,

88737 Kota Kinabalu, Sabah.

088 - 522 222

088 - 248 324